☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Februari 2023

Pemilik Suzuki Raider Edisi GP Terima Cenderahati Eksklusif Atas Pembelian Motosikal

Seramai 22 orang pemilik jentera Suzuki Raider Edisi GP telah menerima cenderahati eksklusif daripada Suzuki Malaysia dalam satu majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Suzuki Malaysia pada 18 Februari lalu. Hadir memeriahkan majlis istimewa ini ialah Pengurus Besar dan Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato' Jeffrey Lim.

Versi GP Special Edition ditawarkan pada tahun lalu yang menampil rekacorak grafik berinsipirasikan jentera pelumbaan dan dipadankan dengan nombor siri khas dan nombor casis khas. Setiap pembelian Suzuki Raider GP Special Edition akan menerima hadiah Suzuki Exclusive Gift Box yang mengandungi 'Keychain' Suzuki Raider GP, Alat audio tanpa wayar Suzuki Raider GP, Pembesar suara mudah alih dengan sambungan Bluetooth, Lampu suluh eksklusif Suzuki Raider Gpdan sudah tentu Sijil Pemilikan Khas.

Dari aspek spesifkasi enjin, Raider versi GP dan model standard adalah sama. Kedua-duanya disempurnakan dengan enjin bersesaran 147.3cc, silinder tunggal, sejukan cecair, DOHC, dengan kuasa maksimum 18.2hp dan tork maksimum 13.8Nm. Raider R150i memiliki pengendalian mantap yang datangnya dari fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Cenderahati istimewa daripada Suzuki.
Cenderahati istimewa daripada Suzuki.

“Saya membeli model ini pada bulan Januari lalu dengan jarak perjalanan sekitar 2,000 kilometer. Saya suka motor ini sebab ia lain daripada yang lain dan memang ada 'power'. Buat masa ini, perjalanan paling jauh ialah ke Sabak Bernam dan memang hantaran kuasanya cukup padu,” kata En. Rashdan dari Puchong.

“Saya memang minat untuk memiliki motosikal edisi istimewa. Memang sudah ada beberapa model SE di rumah dan ini adalah koleksi seterusnya. Ini motosikal Suzuki pertama milik saya. Saya suka model ini kerana ia kompak dan enjinnya cukup tahan,” komen En. Sufi dari Setapak.

Suzuki Raider R150i versi standard.
Suzuki Raider R150i versi standard.

Suzuki Raider R150i GP Limited Edition ini dijual pada harga RM9,088 manakala model biasa berharga RM8,538. RR

Isu Pada

April 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.