☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Februari 2023

BAD LAB dan Boon Siew Honda Racing Team Jalin Kerjasama Melalui Kempen 'MAN-GINEERED FOR POWER'

BAD LAB telah melancarkan dan mengumumkan inisiatif baru yang meibatkan sukan permotoran dengan menjalinkan kerjasama bersama Boon Siew Honda Racing Team menerusi kemen 'MAN-GINEERED FOR POWER'. Kempen ini merupakan sebahagian daripada misi BAD LAB untuk menyokong bakat-bakat baru terutama buat pelumba motosikal tempatan yang berkaliber agar suatu hari nanti mereka dapat mengembangkan bakat ke pentas antarabangsa.

BAD LAB (Brave and During Laboratory) merupakan sebuah jenama barangan penjagaan diri yang direka khusus buat lelaki bukan konvensional yang berami dan tidak mudah menyerah kalah. Ciri-ciri tersebut menjadikan jenama ini amat sesuai dalam jalinan kerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team - sebuah entiti di bawah Boon Siew Honda (BSH) yang bertanggungjawap menguruskan divisyen sukan permotoran bagi syarikat gegarsi yang mula ditubuhkan di Jepun.

Dari kiri: En. Lum Chong Heng, En. Kee Choon Seng dan En. Steven Chin.
Dari kiri: En. Lum Chong Heng, En. Kee Choon Seng dan En. Steven Chin.

"Keputusan untuk bekerjasama dengan Boon Siew Honda Racing Team bukan sahaja satu keputusan strategik, tetapi sejajar dengan misi BAD LAB untuk bangunkan bakat pelumba muda di Malaysia melalui kempen Man-Gineered For Power. Bad Lab juga akan menyediakan satu platform agar mereka bukan sahaja dapat menunjukkan bakat yang ada, tetapi untuk menimba pengelaman serta belajar dari para pelumba yang berpengalaman," kata Pengarah Komersil BAD LAB, En. Lum Chong Heng.

Pada masa yang sama, BAD LAB juga memperkenalkan barisan pelumba yang bakal mewakili BAD LAB KC Honda Racing Team merupakan pasukan pelumba motosikal BAD LAB. Pelumba-pelumba tersebut ialah:

  • Muhammad Irfan Haykhal Bin Amidi, 16, Negeri Sembilan Darul Khusus
  • Muhamad Shahzul Naim Bin Razali, 25, Selangor Darul Ehsan
  • Adib Hareez Bin Hazwat, 17, Johor Darul Takzim; and
  • Muhammad Farish Iqmal Bin Khayrul Elyas, 17, Johor Darul Takzim

Menurut Pengurus Boon Siew Honda Racing Team, Zulhelmi Ahmad "Kami amat gembira dapat menjalinkan kerjasama untuk membentuk pasukan BAD LAB KC Honda Racing Team. BAD LAB amat dikenali dengan inisiatif yang berkait rapat dengan trend dan genre budaya golongan muda. Secara tidak langsung, ianya bertepatan dengan slogan kami iaitu SEMANGAT IMPIAN.

Pada hari pelancaran turut diperkenalkan sut lumba rasmi dan motosikal yang bakal digunakan para pelumba dalam Kejuaran PETRONAS Malaysian Cub Prix musim ke-30. Kesemuanya direka khas dengan warna-warna rasmi iaitu Hitam dan Keemasan. Pelumba-pelumba BAD LAB KC Honda Racing Team akan beraksi buat kali pertama dalam kejuaraan itu dalam pusingan pertama pada 25hb Februari 2023 di Litar Antarabangsa Sepang. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.