☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Februari 2023

Malaysia Autoshow 2023 Dilancarkan

Malaysia Autoshow 2023 sekali lagi akan membuka pintunya kepada orang ramai pada 4 ke 7 Mei 2023, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Edisi 2023, bertemakan “Mobility Redefined”, meneruskan tradisi dalam mengenengahkan pelbagai jentera terbaru di dalam pasaran dengan kemajuan teknologi, keselamatan dan keselesaan.

Malaysia Autoshow edisi ke-enam ini dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), yang bukan sahaja membawakan pameran automotif dan permotoran, malah meluaskan skop meliputi teknologi penting yang boleh dijangkakan oleh masyarakat sejajar perkembangan sektor mobiliti di era digital.

Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong.
Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong.

“Malaysia Autoshow adalah di antara pameran yang membuka peluang bagi pemain industri untuk berinteraksi secara langsung dengan orang ramai – bagi menonjolkan selok-belok, elemen-elemen di sebalik tabir dan insan yang merekabentuk dan membina kenderaan yang memberikan kita peluang membawa orang tersayang kita setiap hari”, kata Pengerusi MARii, Datuk Phang Ah Tong semasa berucap di Pelancaran Rasmi Malaysia Autoshow 2023.

“Anda berpeluang melihat teknologi dan perkembangan terbaru di dalam industri automotif, dari kenderaan elektrik dan kenderaan berautonomi, kepada kemajuan di dalam keselamatan dan kecekapan (tenaga), industri automotif kini giat membuat kenderaan yang bukan sahaja lebih mesra alam, tetapi lebih selamat dan lebih menyeronokkan untuk dipandu”, katanya lagi.

Dewan A meneruskan tradisi mempamerkan kenderaan terbaru yang ditawarkan di Malaysia, termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Lebih 100 model dari pembuat kenderaan dijangka dipamerkan. Pengunjung juga akan ditawarkan pakej dan khas, serta pakej kewangan melalui rakan bank di Malaysia Autoshow 2023. Pengunjung tahun ini juga berpeluang memenangi Perodua Alza di dalam Peraduan Pengunjung Malaysia Autoshow 2023.

Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.
Datuk Hanafi Sakri, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Industri, MITI.

Dewan C akan menempatkan Malaysia Bike Show, menonjolkan gaya hidup dua roda – dari sports bike kepada trail dirt bike. Sementara itu, Dewan D menempatkan Malaysia EV Show dan Charged, kenderaan elektrik, teknologi pengecas, serta aksesori, komponen dan aplikasi digital yang terlibat di dalam ekosistem EV.

Malaysia Autoshow akan mengambil kesempatan penuh kawasan luas MAEPS, bagi membawakan pelbagai aktiviti automotif dan gaya hidup, termasuk:

• Dua laluan pandu uji sepanjang 4.5km (dipanjangkan daripada 3km) bagi membolehkan pengunjung mengalami kereta yang dipandu uji sepenuhnya.
• Dewan Premium yang dikhaskan bagi mempamerkan teknologi termaju yang ditawarkan oleh segmen premium.
• Lebih dari 100 model dan varian kenderaan cekap tenaga, motosikal dan kenderaan elektrik di ruang pameran.
• Pengalaman off-road khas bagi mereka yang meminati pengembaraan.
• Drift Taxi-ride bagi mereka yang inginkan pengalaman kenderaan berkuasa tinggi
• Demonstrasi Teknologi Keselamatan bagi menampilkan teknologi terbaru dalam keselamatan kenderaan
• Food Truck di Malaysia Autoshow Auto Village
• Aktiviti menarik bagi seluruh keluarga di AutoFest, termasuk konsert yang menampilkan artis ternama, tarian antarabangsa, aktiviti cosplay dan banyak lagi. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.