Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2023

MForce Anjur Kempen "Bertuahnya Raya" - Tawar Hadiah Menarik

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma pada bulan April 2023 nanti, MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan satu kempen yang diberi nama "Bertuahnya Raya"  dengan menawarkan hadiah utama iaitu WMOTO XDV250i dan QJMOTOR SRV250. 

Kempen yang bertujuan menghargai para pemilik motosikal keluaran MForce ini berlangsung pada 1 Februari 2023 dan akan tamat pada 31 Mac 2023 ini. Peraduan ini terbuka kepada mereka yang membeli mana-mana motosikal keluaran MForce sepanjang tempoh dijalankan iaitu pada 1 Februari 2023 - 28 Februari 2023 manakala untuk sesi kedua pada 1 Mac 2023 - 31 Mac 2023.

Setelah membuat pembelian para peserta perlu melengkapkan borang Google Form menerusi pautan yang diberikan atau scan pada QR Code. Pautan boleh didapati disini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeA4tk68zD3_q9lg2P7b1nv1VZ0KrpzW2kcabZxM5Ittw53Cw/viewform

Para peserta yang menyertai kempen ini berpeluang memenangi antara salah satu hadiah yang ditawarkan oleh MFroce:

Pembelian dalam bulan Februari 2023

  • Satu unit WMOTO XDV250i
  • Satu unit QJMOTOR SRV250
  • Lima uni Iphone 14 128GB

Pembelian dalam bulan Mac 2023

  • Satu unit WMOTO XDV250i
  • Satu unit QJMOTOR SRV250
  • Lima uni Iphone 14 128GB

Pemenang yang bertuah akan dipilih secara langsung di laman Facebook MForce TV. Untuk tempoh pembelian bulan Februari diumumkan pada 3 Mac jam 10.00 pagi. Manakala untuk pembelian pada bulan Mac bakal diberitahu pada 3 April 2023 jan 10.00 pagi.



Pihak MFroce telah mengumumkan pemenang bertuah bagi bulan Februari pada 3 Mac 2023 lalu. Para pemenang  pusingan pertama telah dijemput untuk hadir ke kilang MForce bagi sesi serahan hadiah pada 17 Mac 2023.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang bertuah. Buat mereka yang terlepas untuk pusingan satu, masih lagi berpeluang untuk menjadi pemenang bertuah pada pusingan kedua. Sila layari Facebook MForce TV untuk maklumat lebih lanjut. Segala penyertaan tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan. RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Hakim Danish Ramli bersedia melupakan kekecewaan di Silverstone dan mengalihkan fokus kepada misi kebangkitan pada GP Aragon.

Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Edisi Terhad Pramac Racing Replica - RM13,388

Selain varian standard, HLYM turut lancar model edisi terhad bagi Yamaha Y16ZR-R.

Model Baru

Kawasaki Malaysia Umum Harga KLE500 - RM32,900