Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Mac 2023

Honda ADV 160 Captain America dan Honda ADV 160 Iron Man Dilancarkan di Thailand

Honda ADV 160 Captain America dan Honda ADV 160 Iron Man telah dilancarkan di Thailand baru-baru ini.

Barangan yang bertemakan komik Marvel tidak asing lagi di pasaran motosikal sejak beberapa tahun lepas. Ia termasuklah helmet HJC dengan tema Spiderman, Venom, Avengers dan sebagainya. Kini giliran Honda pula bergabung dengan Marvel bagi menyambut ulangtahun ke-100 penubuhan Disney (yang merupakan penaung jenama Marvel).

Seperti Captain America, ADV 160 versi ini bercirikan grafik perisai, logo "A" dengan sayap, serta beberapa bintang di sekitar fairing motosikal yang sinonim dengan karakter tersebut.

Bagi tema Iron Man pula, ADV 160 itu bercirikan warna merah sutnya, serta grafik helmet serta reaktor janakuasa peribadinya.

Namun, motosikalnya masih sama daripada segi teknikal dan mekanikal. Contohnya, enjin 157cc yang digantung di dalam kerangka dua belah, tayar tanpa tiub, sistem brek ABS depan dan belakang.

Honda Thailand akan menghasilkan 3,000 buah skuter edisi terhad ini, dan ia juga dipamerkan di Bangkok Motor Show bermula semalam. Setiap pembelian model ini disertakan bersama jaket Marvel yang berharga THB 1,500 (RM 195).

Kita tunggu pula apa Boon Siew Honda akan lakukan untuk pasaran Malaysia.

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dilihat semakin hampir membawa masuk Yamaha YZF-R9 ke dalam pasaran Malaysia.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Pandu Uji

Honda CBR650R E-Clutch - Sebuah Supersport Mesra Pengguna?

Honda memperkenalkan teknologi E-Clutch yang merupakan satu sistem agak kedengaran asing bagi sesetengah penunggang terutama untuk jentera supersport.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.