☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2019

Pencinta Jentera Itali Kuatkan Ikatan Brotherhood

Kira-kira 50 buah motosilal yang terdiri daripada model Ducati dan Aprilia telah meraikan ikatan 'brotherhood' pemilik mesin dari Itali pada 11 Ogos lalu bersempena dengan perlumbaan MotoGP pusingan 11 yang berlangsung di litar Red Bull Ring,  Austria. Perhimpunan Live Viewing ini ternyata cukup meriah kerana ia menggabungkan para pemilik motosikal dari Aprilia Central Riding Club (ACRA) dan Desmo Owners Club Malaysia (DOCM).

Barisan jentera-jentera Aprilia dan Ducati yang memiliki deruman enjin yang cukup mantap memeriahkan program pada hari tersebut di mana tetamu diraikan dengan pelbagai juadah lazat. Walaupun berlainan jenis, cinta dan minat yang sama pada jenama dari Itali ini membolehkan mereka satu hati dan sepakat.

“Cinta pada jentera Itali adalah sesuatu yang kami hargai dan dengan penganjuran seperti ini, kami dapatlah bersama-sama menonton dan memberi sokongan kepada para pelumba dan pasukan dariItali, kata Timbalan Presiden DOCM, Sdr Gaddafi Shazalli.

Sorakan gemuruh memecah suasana apabila pelumba dati Itali, Andrea Dovizioso mempamerkan tunggangan yang luar biasa untuk menewaskan Marc Marquez dalam satu pertarungan yang cukup hebat. Sudah pasti para penunggang Aprilia dan Ducati turut meraikan kejayaan Dovizioso yang kini berada di tangga kedua keseluruhan. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.