☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mac 2023

Merompak Untuk Beli Coverset Motosikal

*Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini terdapat berita sepasang suami-isteri menipu kad ATM sebelum pergi menjoli, termasuk membeli telefon bimbit iPhone 14 Pro Max. Semalam pula, seorang pengawal keselamatan ditahan selepas merompak dan melarikan rantai emas dianggarkan bernilai RM3,000 bagi membeli coverset motosikal, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa berusia 54 tahun yang merupakan seorang pemandu peribadi sedang memandu kereta bersendirian di Jalan Tasek Tambahan 1, Ampang.

"Suspek yang menunggang motosikal sengaja menghimpit kereta mangsa sebelum menumbuk cermin sebelah pemandu menyebabkan mangsa menurunkan cermin kerana khuatir ia dipecahkan suspek. Sebaik cermin kereta diturunkan suspek terus meludah ke arah mangsa dan menarik kolar baju serta rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri. Kerugian dianggarkan RM3,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan dijalankan suspek berusia 30 tahun berjaya ditahan di kediamannya di Tasek Permai, Ampang, kira-kira jam 9.45 malam hari sama.

Tangkapan dilakukan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. "Pihak polis turut merampas pakaian, topi keledar, dokumen resit pajak gadai, seutas rantai emas, alat kawalan jauh motosikal dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang digunakan semasa kejadian. Siasatan mendapati suspek sudah pun menjual rantai emas milik mangsa di sebuah kedai pajak dalam daerah Ampang dan wangnya digunakan untuk membeli aksesori 'coverset' untuk motosikalnya," katanya.

Mohamad Farouk berkata, semakan juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan jenayah.

"Suspek direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 4 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun keseksaan iaitu melakukan kesalahan rompak atau samun. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dengan denda atau sebatan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.