☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 April 2023

Mforce Sentiasa Tawarkan Motosikal Ekonomi Untuk Pasaran Tempatan

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan terus komited untuk memastikan motosikal yang dipasarkan oleh syarikat ini adalah ekonomi dan mampu untuk dimiliki oleh para pengguna motosikal tanpa mengabaikan spesifikasi terkini. Antara model-model yang ditawarkan pada harga yang berpatutan adalah seperti SM Sport 110E, WMOTO VE1-110E dan WMOTO WM110.

SM Sport ditawarkan pada harga asas RM3,859 dengan kuasa enjin 6.03hp pada 7,500rpm dan tork 7.0Nm pada 5,000rpm. Model ini hanya seberat 100kg, tangki bahan api 4 liter, dan ruang simpanan yang agak besar. Ia didatangkan dalam tiga warna iaitu Merah, Biru dan Kuning dengan rekacorak grafik menarik.

WMOTO VE1-110E pula boleh dimiliki pada harga RM3,748 dan juga hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Merah, Biru dan Kuning. Enjin 106.7cc ini menghasilkan kuasa maksimum 6.6hp pada 8,000rpm dan tork 6.9Nm pada 6,000rpm. Ia turut dilengkapkan dengan fork hadapan jenis teleskopik manakala di belakang menggunakan penyerap hentak dwi-kejutan.

Selain kedua-dua model di atas, WMOTO WM110 juga boleh menjadi pilihan. Berharga RM3,778 dan disempurnakan dengan enjin 109cc, berkuasa 7.1hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm. WM110 dikemaskan dengan sistem saspensi yang mantap, sistem brek cakera (tayar hadapan), tangki bahan api 4 liter dan lampu-lampu yang cukup terang. Terdapat tiga warna pilihan iaitu Biru, Merah dan Biru.

Kunjungi mana-mana wakil pengedar sah Mforce di seluruh negara untuk melihat model-model ini dari dekat. Dengan setiap pembelian, para pelanggan akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana terdahulu). Turut ditawarkan ialah pembelian alat ganti tulen atas talian (+012-4850133). RR

Isu Pada

Mei 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.