☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Jun 2023

Boon Siew Honda Umum Warna Baru Honda BeAT

Honda BeAT sememangnya antara model automatik popular di kalangan para peminat skuter tanahair. Sejak diperkenalkan pada tahun 2015 lalu, skuter ini digemari kerana ia memiliki pelbagai ciri-ciri menarik seperti lincah, selesa dan berbaloi untuk dimilikinya.

Untuk terus berdaya saing, Honda BeAT kini hadir dengan warna serba baru berkonsepkan abstrak yang menjadikannya lebih segar dan menarik. Warna baru untuk skuter ini terdiri daripada Merah, Biru, Hitam dan Kuning.

Honda BeAT disempurnakan dengan enjin 109.5cc, silinder tunggal, sistem penyejuk udara, SOHC, 4 lejang yang menghasilkan hantaran kuasa 6.47kW pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6,000rpm. Pelananya setinggi 740mm yang memudahkannya ditunggang oleh sesiapa sahaja. Tayar hadapannya 80/90-14 M/C dan belakang 90/90-14M/C yang mencengkam permukaan jalan dengan baik.

Skuter ini ditawarkan pada harga asas RM5,990 dan akan berada semua pengedar sah Boon Siew Honda bermula 30 Jun 2023. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.