☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Julai 2023

Program Jaminan Waranti 2 Tahun Dengan Jarak Perjalanan Tanpa Had Untuk Semua Model Kawasaki

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) telah menawarkan program jaminan 2 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had untuk semua jentera Kawasaki termasuklah model yang dijenamakan semula sebagai Modenas dari 250cc hingga 1000cc. Program waranti ini berkuatkuasa untuk model-model yang didaftarkan bermula 1 Julai 2023.

Menurut pihak EMOS, program waranti terbaru ini menggantikan waranti sebelum ini iaitu 2 tahun atau 20,000 kilimeter (yang mana terdahulu). Melalui program jaminan 2 tahun dengan jarak perjalanan tanpa had ini, pemilik kini boleh menikmati prestasi sebenar jentera Kawasaki tanpa ragu-ragu.

Program jaminan ini akan datang sebagai piawaian standard:

  • Kawasaki menjamin setiap produk terbarunya bebas daripada kecacatan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh asal jualan oleh pengedar kawasaki yang sah.
  • Terma dan syarat sama bakal dikenakan keoada pemilik baru, jaminan tamat dalam semua kes selepas tempoh tertentu dari tarikh jualan kepada pembeli asal.
  • Produk Kawasaki berprestasi terbaik dengan penyelengaraan dan servis biasa, setiap model mempunyai jadual penyelengaraan yang direka untuk memastikan ianya beroperasi pada tahap yang optimum. Pihak EMOS mengesyorkan bahawa jentera diselengara oleh pengedar Kawasaki yang sah.

Selain itu, perkhidmatan bantuan 24/7 juga akan ditawarkan dalam program ini dengan terma dan syarat sama seperti jamnan pemgilang dan hendaklah kekal bersama motosikal apabia dijual atau dipindahkan ke atas pemilik yang baharu.

"Dengan menghapuskan sekatan jarak perjalanan daripada jaminan waranti sedia ada, pengguna jenama Kawasaki dapat menikmati pengalaman tunggangan dengan bebas dan tenang. Program ini juga merupakan keyakinan buat MODENAS untuk semua pelanggan terhadap kualiti produknya. Para pemilik juga perlu mengikut jadual servis di pusat servis atau pengedar Kawasaki/Modenas yang sah bagi mengelakkan jaminan daripada terbatal," kata En. Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Untuk sebarang pertanyaan boleh layari laman web rasmi Kawasaki Malaysia di http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi talian bebas tol: 1-800-880-008 atau WhatsApp pada nombor Careline: 019-570 8135. RR

Isu Pada

September 2023

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).