☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2023

Mforce Gah Dengan Ruang Pameran Pelbagai Jenama di Kuala Lumpur Bike Show 2023

Terdapat pelbagai pengeluar motosikal, aksesori, perkhidmatan dan produk barangan yang menyertai penganjuran Kuala Lumpur Bike Show 2023 bermula dari 24hb hingga 27hb Ogos 2023 di World Trade Centre (WTC) KL.

Mforce Bike Holdings Sdn Bhd hadir memberikan sokongan padu dengan menawarkan ruang pameran untuk Sembilan jenama berbeza iaitu CFMOTO, Keeway, Benelli, MBP Moto, Moto Morini, SYM, WMOTO, Brixton dan QJMOTOR yang dibarisi pelbagai model baru yang moden dan menarik.

Ruang pameran CFMOTO dipenuhi dengan pelbagai model-model mantap seperti 700CL-X Adventure, 650GT, 800MT, 650MT, 450NK, 250NK, 250SR, 450SR S serta model jalanan yang baru sahaja dilancarkan iaitu 800NK.

Pengunjung di ruang WMOTO berpeluang melihat barisan-barisan model terkini. Selain Bobbie VII Sidecar, skuter RT3 S 2023 juga menarik perhatian pengunjung dengan menampilkan ciri-ciri yang menarik seperti, Dashboard Camera, cermin penghadang angin boleh laras dan pemijak kaki pembonceng lebih lebar.

Dekati model-model baru dari Benelli seperti 752S, TRK251, TRK502 dan banyak lagi. Ruang pameran QJMOTOR juga dimeriahkan dengan model-model sedia ada dan juga yang bakal memasuki pasaran negara. Sudah tentulah jentera SRK600RC yang baru sahaja diperkenalkan di KLBS menarik perhatian para pengunjung. Model baru ini bukan sahaja cantik tetapi memiliki bunyi yang cukup mantap.

Moto Bologna Passione (MBP) merupakan jenama terbaru di pasaran Malaysia yang dibawa masuk oleh Mforce. Ruang pameran MBP dilengkapkan dengan beberapa model yang dirancang bakal memasuki pasaran negara antaranya C1002V, SC150RE, M502N dan SC150.

Moto Morini X-Cape 650, turut dipamerkan buat para peminat jentera lasak dan model ini juga bakal menyahut cabaran di perlumbaan lasak Rimba Raid pada penghujung bulan ini. Para pengunjung bukan sekadar dapat melihat model-model ini di depan mata malah turut dibenarkan menaikinya.

Tak sah kalau jenama SYM tidak hadir ke ruang pameran kali ini. Model-model popular seperti Jet X 150, Maxsym TL dan VF3i turut menambah keceriaan ruang pameran kali ini. Keeway Patagonian, K-Light 202 dan 152 Café Racer menarik ramai peminat menerusi rekabentuk yang menarik.

Brixton baru-baru ini telah hadir ke pasaran motosikal negara menerusi model terbaru iaitu Cromwell 1200 juga menjadi ‘bintang’ ruang pameran Mforce di KLBS kali ini.

Nak naik motor padu, kena pakai topi keledar yang cun! Jawapannya tentulah model LS2 yang kini hadir ke pasaran dengan siri dan rekacorak yang garang dan ‘bersemangat’. Para pengunjung juga boleh membawa pulang topi keledar penuh muka, modular, biasa (open face), Offroad dan untuk kanak-kanak.

Pada Sabtu petang, para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan cukup menarik daripada Handy Black dengan rangkaian lagu-lagu yang mantap!

Menerusi acara ‘Dare To Win’, para pengunjung yang bertuah akan menerima tiga hadiah berupa motosikal Brixton Crossfire 150XS, WMOTO ES125 dan SM Sport 110E. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).