☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2023

Ducati Supersport 950.. eh bukan, Ducasu 400 lah

Kami ingatkan sudah tiba masanya untuk upgrade cermin mata kami, tetapi rupa-rupanya bukan masalah mata kami tetapi memang motosikal ini berjenama Ducasu 400 yang mirip Ducati Supersport 950. Malah logonya juga mirip logo pembuat daripada Itali itu.

Motosikal ini menggunakan sebuah enjin dua silinder selari yang menghasilkan... er... bukan 100hp, bukan 50hp, tetapi 25hp. Tetapi siap dengan lengan ayun sebelah! Terdapat beberapa pilihan warna, satunya yang putih seperti di dalam gambar di atas, siap dengan jalur merah dan hijau seperti um... "saudaranya." Satu lagi pilihan warna ialah hitam dengan jalur-jalur hijau seperti Kawasaki pula. Motosikal ini berharga lebih kurang CNY20,000 (RM12,891.35).

Ducasu merupakan jenama di bawah Shanghai Jianshe Motorcycle Technology Company Limited. Ia ditubuhkan pada 1994 dan menjual motosikal ke pasaran tempatan dan juga mengeksport motosikal mereka ke negara lain.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.