☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 September 2023

Kalendar MotoGP 2024 telah Diumumkan

Kalendar MotoGP 2024 telah diumumkan, walaupun baru sahaja bulan September 2023.

Apapun, musim 2024 merupakan suatu tahun yang amat bermakna bagi kejuaraan itu kerana ia menyambut ulangtahun ke-75. Selain daripada itu, semua pasukan hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya 40% bahanapi daripada sumber mampan. Siri itu akan bertukar kepada sumber mampan 100% menjelang 2027.

Berbalik kepada kalendar tersebut, Malaysia masih kekal sebagai pusingan yang kedua terakhir pada bulan November, seminggu selepas tamatnya pusingan di Thailand. Penjadualan begini memudahkan pengunjung ke pusingan Thailand untuk turut mengunjungi Malaysia.

Terdapat 22 pusingan yang dijadualkan pada tahun depan, bermaksudnya terdapat 44 perlumbaan termasuk perlumbaan Sprint pada hari Sabtu. Namun, perlumbaan di litar Buddh, India hanya akan berlangsung mengikut terma kontrak, manakala litar Sokol di Kazakhstan bergantung kepada homologasi litar serta terma kontrak. Litar Balaton di Hungary dijadikan sebagai litar rizab jika terdapat mana-mana litar yang tidak dapat menganjurkan perlumbaan atas sebab-sebab tertentu.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.