☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

Syarikat Motorcycle Sales Centre Sambut Ulang Tahun ke-46

Syarikat Motorcycle Sales Centre (MSC) merupakan nama yang sudah tidak asing lagi buat para penunggang motosikal khususnya yang berkuasa tinggi di tanahair. Sejak dari dulu, MSC terkenal sebagai pusat pameran dan jualan pelbagai jenama motosikal yang cukup menarik. MSC mula beroperasi pada tahun 1973 dan beberapa tahun kemudiannya menjadi pengimport pertama motosikal berkuasa tinggi di Malaysia.

Kini setelah 46 tahun merentasi masa dengan pelbagai kesulitan dan cabaran, MSC tampil berwajah baru, strategi jualan cukup bijak dan disempurnakan dengan beberapa penambahbaikan. Pada 22 September lalu, satu majlis ulang tahun telah dijalankan di ibu pejabat MSC di Petaling Jaya. Turut meraikan bersama majlis penuh bersejarah ini ialah Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bersama pengasas MSC Dato' Mazlan Bin Datuk Seri Harun, Datuk Seri Panglima Osu Sukam dan Dato' Chear Kin Keong (CEO Chear Motor Group).

Menurut Datuk Mazlan, disamping bergelar “The One Stop Motorcycle Sales Center atau MSC, syarikat ini menjalankan kempen 3S iaitu “Sales, Service dan Spares” yang bertujuan untuk memperkuatkan lagi perkhidmatan selepas jualan disamping membawa masuk model-model baharu dengan teknologi canggih dan berdaya saing yang mana amat sesuai dengan gaya hidup penunggang di Malaysia masa kini terutama modelmodel baru keluaran Eropah dan US seiring dengan permintaan semasa.

Selain menawarkan pelbagai jenama motosikal serba baru dari segmen moped hinggalah yang berkuasa tinggi, MSC turut menawarkan in-house loan serta pakej pinjaman daripada institusi bank lain pada kadar yang berpatutan. Ini menunjukkan bahawa syarikat yang cukup berpengalaman ini sedia bersama dengan peminat motosikal di dalam pemilikan dan pembangunan industri permotoran itu sendiri.

Tarian singa mengiringi tetamu kehormat ketika sesi lawatan di dalam ruang pameran. Para hadirin yang datang turut dijamukan dengan hidangan makanan seperti satay, mee kari dan pelbagai lagi menu. Tahniah buat MSC atas kecemerlangan dalam perniagaan dan diharap ia akan berterusan di masa akan datang. RR

Oleh: Saiful

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.