☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 November 2023

Warna Baru Honda RS-X Diperkenalkan

Selepas memperkenalkan warna baru untuk Honda RS150R, Boon Siew Honda (BSH) turut tampilkan dua lagi warna yang cukup menarik bagi RS-X.

Sejak dilancarkan model ini ternyata mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Rekabentuknya yang sporty dan agresif mampu menarik minat para pengguna dua roda. Menerusi bahagian hadapannya disempurnakan dengan sepasang lampu utama jenis LED yang terletak di bahagian dada.

Honda RS-X dikuasakan dengan enjin silinder tunggal, DOHC dengan sistem penyejuk cecair yang mematuhi piawaian Euro4. Model ini berkuasa 11.8kW pada 9,00rpm dan tork 13.6Nm pada 7,000rpm. Turut dipadankan dengan ciri keselamatan tambahan seperti sistem ABS satu saluran pada roda hadapan. Manakala kelengkapan lain seperti paparan meter digital penuh, brek-brek cakera, fork teleskopik dan penyerap hentak tunggal di belakang.

Model ini ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM9,748 untuk Trico White Edition dan RM9,698 bagi Radiate Gray Metallic. Kesemua harga tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).