☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 November 2023

Yamaha Lifestyle Mall (YLM) Pertama di Malaysia Dirasmikan

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) mengorak satu lagi langkah dengan merasmikan pembukaan Yamaha Lifestyle Mall (YLM) yang pertama di Malaysia. Pusat sehenti yang serba mewah ini mengabungkan Yamaha Motor, Yamaha Marine dan Yamaha Music di dalam sebuah kompleks berkeluasan 12,000 kaki persegi. Pembukaan YLM ini juga merupakan satu mercu tanda kemajuan buat Yamaha.

Yamaha Lifestyle Mall diuruskan oleh Hong Bee Motors Sdn Bhd dan terletak di 1824-F1, 1825-F1 & 1826-F1, Jalan Perusahaan Auto City, 13600 Perai, Penang. Hong Bee Motors cukup terkenal dalam industri motosikal dan juga marine. Pusat membeli-belah gaya hidup Yamaha ini turut menawarkan pelbagai kemudahan, perkhidmatan, keselesaan serta lengkap dengan penghawa dingin sepenuhnya buat para pelanggan.

Pusat beli-belah ini juga menampilkan ruang pameran yang cukup luas sekali dan direka secara unik untuk mempamerkan rangkaian motosikal Yamaha dan enjin marin serta pelbagai jenis barangan aksesori berjenama. Bukan itu sahaja, para pengunjung dapat menyelami ruang istirehat dan studio muzik VIP yang lengkap dengan alat muzik terkini Yamaha, sistem audiovisual, bar bunyi dan headphone. Selain itu, YLM turut menyediakan sekolah muzik Yamaha, kafe GenBlu dan ruangan pusat servis dengan lif motosikal yang terletak di dalam persekitaran berhawa dingin untuk memberikan keselesaan buat para mekanik yang berpengalaman.

Dengan perasmian ini menandakan era baru bagi para peminat jenama Yamaha dan mempamerkan komitmen Hong Bee Motors untuk menyediakan pengalaman yang tiada tandingan serta merangkumi semua pelanggan yang dihargai. RR

Isu Pada

Januari 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).