☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Januari 2024

Belasan Penunggang Motosikal Yang Ditahan Solat Subuh Diimamkan Polis

PETALING JAYA: Pegawai polis trafik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal apabila mereka yang ditahan itu dibawa ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat Subuh berjemaah semalam.

Seramai 14 penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik itu mendirikan solat Subuh yang diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambok.

IPD Sungai Buloh dalam kenyataan di Facebooknya berkata, dalam operasi bermula 3 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota BSPT IPD Sungai Buloh dibantu oleh anggota Balai Sungai Pelong menjalankan Operasi Pencegahan Samseng Jalan di Lebuhraya Guthrie.

Menurutnya, hasil operasi itu sebanyak 87 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di mana 108 penunggang motosikal diperiksa dengan 14 buah motosikal disita dan ditahan atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai ekzos.

“Pihak BSPT Sungai Buloh menekankan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan kelas utama jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu dan tiada cukai jalan serta perlindungan insuran.

“Di samping itu, pendedahan kerohanian juga dipraktikkan bagi kesedaran remaja atas kesalahan yang  dilakukan,” katanya. RR

sumber: https://www.utusan.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.