Isu Terkini

Februari 2024

Warta Roda / 5 Oktober 2023

Kuala Lumpur Bike Show 2023 - Kejayaan Bersama Semua Pihak

Selaku penganjur bersama acara Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23), RodaRoda mengucapkan jutaan terima kasih buat para pengeluar motosikal seperti Boon Siew Honda, Mforce Bike Holdings (CFMOTO, MBP, Benelli, QJ Motor, WMOTO, SYM, Brixton, SM Sport, Moto Morini dan Keeway), Suzuki, MV Agusta, Ducati, Wira Mobility, E-Velocity, Husqvarna dan Affin Bank sebagai penaja.

Tidak lupa juga buat para pengedar aksesori motosikal, produk peningkatan prestasi, produk pakaian menunggang, pelincir motosikal, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan ramai lagi.

Boon Siew Honda hadir ke KLBS’23 dengan ruang pameran paling besar yang menampilkan 26 buah motosikal pelbagai model dari skuter, moped, enjin berkuasa tinggi, jentera elektrik dan termasuklah jentera perlumbaan. Selain itu turut berada di ruang pameran ialah piala-piala kemenangan, simulator perlumbaan, sudut kamera 360 darjah dan model baru iaitu Honda CB350RS.

KLBS’23 turut menerima kehadiran para pelumba Honda seperti ‘Sifu’ Shahrol Yuzy, Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem, Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi. Honda juga turut menawarkan Pakej Merdeka (harga tetap) untuk model terpilih seperti Honda Vario 125, Vario 160 dan RS-X. Menerusi pakej ini, para pembeli turut boleh memiliki motosikal pada harga tetap dengan bayaran serendah RM188 sebulan.

Pada hari ketiga penganjuran KLBS, pihak BSH telah menganjurkan konvoi khas ke dewan acara yang disertai hampir 1,000 buah motosikal. Kehadiran para peserta konvoi ternyata memeriahkan lagi acara. Mantap!

Bertentangan dengan Honda, para pengunjung pastinya akan teruja melihat model-model terkini yang dipasarkan oleh Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. Terdapat sembilan jenama berbeza iaitu CFMOTO, Keeway, Benelli, MBP Moto, Moto Morini, SYM, WMOTO, Brixton dan QJMOTOR yang bukan sahaja dapat dilihat dan disentuh, malah turut dibenarkan para pengunjung menaikinya.

Ruang pameran CFMOTO dipenuhi dengan model-model mantap seperti 700CL-X Adventure, 650GT, 800MT, 650MT, 450NK, 250NK, 250SR, 450SR S serta model jalanan yang baru sahaja dilancarkan iaitu 800NK. WMOTO pula menampilkan barisan-barisan model terkini seperti Bobbie VII Sidecar, ES250i, XDV 250i, Xtreme 150i, Cub Classic 110, Cruiser V16 dan semestinya skuter maksi RT3 S 2023 yang menarik perhatian pengunjung dengan menampilkan ciri-ciri yang menarik seperti kamera dashboard, cermin penghadang angin boleh laras dan pemijak kaki pembonceng yang lebar.

Benelli megah di KLBS menerusi model-model popular mereka seperti 752S, TRK251, TRK502 dan banyak lagi. Ruang pameran QJMOTOR juga dimeriahkan dengan model sedia ada dan juga yang bakal memasuki pasaran negara. Sudah tentulah jentera sport, SRK600RC yang dilancarkan khas di KLBS menarik perhatian para pengunjung. Model baru ini bukan sahaja cantik tetapi memiliki bunyi yang cukup mantap.

Moto Bologna Passione (MBP) merupakan jenama terbaru di pasaran Malaysia yang dibawa masuk oleh Mforce. Ruang pameran MBP dilengkapkan dengan beberapa model yang dirancang bakal memasuki pasaran negara antaranya C1002V, SC150RE, M502N dan SC150.

Moto Morini X-Cape 650, turut dipamerkan buat para peminat jentera lasak dan model ini juga bakal menyahut cabaran di perlumbaan lasak Rimba Raid pada awal bulan September. Para pengunjung bukan sekadar dapat melihat model-model ini di depan mata malah turut dibenarkan menaikinya.

Tak sah kalau jenama SYM tidak hadir ke ruang pameran kali ini. Model-model popular seperti Jet X 150, Maxsym TL dan VF3i turut menambah keceriaan ruang pameran kali ini. Keeway Patagonian, K-Light 202 dan 152 Café Racer menarik ramai peminat menerusi rekabentuk yang menarik.

Brixton baru-baru ini telah hadir ke pasaran motosikal negara menerusi model terbaru iaitu Cromwell 1200 juga menjadi ‘bintang’ ruang pameran Mforce di KLBS kali ini.
Nak naik motor padu, kena pakai topi keledar yang cun! Jawapannya tentulah model LS2 yang kini hadir ke pasaran dengan siri dan rekacorak yang garang dan ‘bersemangat’. Para pengunjung juga boleh membawa pulang topi keledar penuh muka, modular, biasa (open face), Offroad dan untuk kanak-kanak.

Pada hari ketiga KLBS (Sabtu petang), para pengunjung telah dihiburkan dengan persembahan cukup menarik daripada Handy Black dengan rangkaian lagu-lagu yang mantap di pentas Mforce Bike! Menerusi acara ‘Dare To Win’, pihak Mforce telah menawarkan hadiah istimewa berupa Brixton Crossfire 150XS, WMOTO ES125 dan SM Sport 110E khusus buat para pengunjung yang bertuah.

Para pengunjung KLBS'23 memang bertuah! Mereka yang singgah di ruang pameran Suzuki Malaysia mendapat peluang melihat kehebatan para jurutera Suzuki dalam penghasilan sesebuah motosikal. Suzuki Hayabusa (Hayabusa Edisi ke-25 Tahun), Katana, V-Strom dan banyak lagi merupakan 'produk' kebanggaan mereka yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Sudah tentu para pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan dengan model-model yang dipamerkan.

Bukan itu sahaja ya! Pihak Suzuki turut mempertontonkan lima model berkuasa sederhana yang bakal berada di pasaran negara nanti. Model-model tersebut ialah V-Strom 250, Gixxer SF250, Gixxer 250, Burgman 125 dan Avenis 125. Suzuki V-Strom 250SX sememangnya ditunggu-tunggu tampil dengan rekabentuk yang cukup menarik sekali. Model ini didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 4-lejang, SOHC bersama sistem penyejuk cecair. Antara kelengkapan lain yang ada seperti brek-brek cakera, meter digital, tangki bahan api 12 liter dan  sistem ABS.

Para pengunjung juga amat bernasib baik dapat melihat dengan dekat dua model unik dan mewah dari pengeluar motosikal lagenda MV Agusta iaitu Superveloce, sebuah motosikal yang dicipta berinspirasikan legasi jentera perlumbaan mereka dan sebuah model hyper naked, Brutale 1000 RR Nurburgring Edition.

Satu lagi pengeluar dari Itali iaitu Ducati hadir dengan ruang pameran yang tampak cukup elegan. Model-model mantap seperti Scrambler Ducati, Desert Sled, Monster dan Hypermotard 950 RVE. Para pengunjung juga boleh membawa pulang pelbagai barangan menarik seperti topi, baju, beg, jaket dan lain-lain.

Minat dengan jentera offroad? Motosikal bentuk unik? Itulah yang para pengunjung dapati apabila melawat ruang pameran Husqvarna. Pastinya rekabentuk dan kejuruteraan model-model menarik seperti Svartpilen 401, Norden 901 dan pelbagai model enduro serta motocross yang lain.

Itu kisah Hall A yang terletak di Tingkat 4. Turun bawah, para pengunjung akan tiba di ruangan seperti Market Place yang menjadi ruang pameran untuk beberapa jenama motosikal seperti Wira Mobility, E-Velocity Electric Bike serta menawarkan pelbagai jenis pakaian menunggang, pelincir, alat keselamatan, perkhidmatan bantuan, aksesori motosikal, kelab motosikal, insurans dan banyak lagi.

Ruang pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberikan pendedahan khususnya buat pengguna jalan raya mengenai undang-undang, tips keselamatan serta beberapa panduan pemeriksaan terhadap kenderaan yang ditunggang atau dipandu.

Antara peringatan keselamatan yang dikongsikan ialah merancang perjalanan, pematuhan had laju, pemeriksaan kenderaan berjadual, larangan melanggar undang-undang, cara pencegahan kecurian kenderaan, jenis-jenis papan tanda, langkah pencegahan kemalangan, saluran semakan/pembayaran saman dan banyak lagi. Turut dipamerkan ialah jenis motosikal yang digunakan oleh para pegawai trafik sewaktu bertugas.

Booth Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula memberikan perkhidmatan mudah buat para pengunjung untuk membuat semakan dan bayaran Perumahan (baru) DBKL, Cukai Taksiran DBKL, Notis Kompaun Trafik DBKL dan Navigasi Kaunter Bayaran Zakat. Para pengunjung juga boleh memuat turun 'Aplikasi Pay@KL' untuk semua tujuan dinyatakan tadi.

Selaku penaja utama acara ini, ruang pameran Affin Bank cukup elegan dengan memaparkan warna korporat mereka iaitu Biru. Terdapat pelbagai perkhidmatan dan tawaran kewangan yang boleh didapati dengan Affin Bank seperti pinjaman pembelian kenderaan, permohonan kad kredit Affin Advance, perancangan kewangan beserta ganjaran dan banyak lagi. Boleh la buat pinjaman buat beli motor.

Permudahkan perjalanan anda menerusi aplikasi 'SOS Fastlane' yang dibangunkan oleh FASTLANE, syarikat pencegahan jenayah, perkhidmatan tindak balas kecemasan dan menyediakan perkhidmatan kecemasan permotoran kepada pelanggan korporat dan individu. FASTLANE turut bekerjasama dengan Yayasan Pencegah Jenayah Manusia dalam beberapa siri kempen dan penyebaran maklumat berkaitan dengan keselamatan.

Aplikasi 'SOS fastlane' ini membolehkan para penunggang/pemandu untuk mendapatkan:

  • Akses yang lebih pantas kepada respon kecemasan.
  • Setiap ahli mendapat perlindungan meliputi semua bilangan motosikal yang dimiliki dan ditunggangi.
  • Perlindungan kecemasan di Selatan Thailand dan Singapura.
  • Perkhidmatan Tunda Jarak 1,200km (ahli sahaja).
  • Servis ambulan percuma dan banyak lagi.

Muat turun aplikasi ini menerusi kod QR yang boleh didapati menerusi risalah dan laman web (www.fastlane2u.com).

Alpinestars Malaysia dan Nolan Malaysia juga menanti para pengunjung barisan topi keledar Nolan dan X-Lite terbaru yang ditawarkan pada harga menarik. Para pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri model-model topi keledar Nolan seperti Nolan N21 Mini Jet, Nolan N60-6 (full face), Nolan N70-2X System (offroad), Nolan X-803 RS dan banyak lagi. Rasai sendiri kualiti Nolan – produk keselamatan yang dibuat sepenuhnya di Itali.

Selain itu, ruang jualan Alpinestar juga meriah. Para pengunjung tidak melepaskan peluang untuk memiliki pelbagai produk menarik daripada Alpinestars seperti jaket ‘hoodie’, topi, pouchbag, kasut menunggang dan baju-t yang cukup cantik. Produk penyegar topi keledar dan pakaian menunggang iaitu INX Riding Gear Refresher dijual pada harga RM35 untuk sebotol tetapi harga diskaun untuk dua botol ialah RM60 sahaja.

Selaku pengedar barangan terbesar berkaitan motosikal, MotoWorld menawarkan pelbagai jenis topi keledar, jaket/seluar, pakaian hujan, but, sarung tangan, aksesori, tayar, bag dan lain-lain. Produk-produk di sini memang cantik dan berkualiti tinggi.

Ingin meneroka kawasan berbukit dan laluan lasak dengan motosikal lasak (offroad)? Kalau nak... kunjungi dan hubungi MotoManiac Adventure Co. menawarkan pengembaraan lasak motosikal offroad ke seluruh denai dan laluan lasak antara yang di Malaysia. MotoManiac menawarkan laluan menarik yang melalui bukit dan gunung, merentasi sungai, lumpur, pasir, pulau/laut, air terjun/jeram, hutan sekunder/hutan hujan tropikal termasuklah ke lokasi yang anda tidak pernah tahu akan kewujudannya.

Pelbagai jenis motosikal boleh anda tunggangi, antaranya Sherco SE 300 Factory, Kawasaki KLX 150, KTM 250EXC-F. Husqvarna FE 250 dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari: motomaniac.com.my atau hubungi: +011-54016002 atau email ke info@motomaniac.com.my.

Singgah sebentar di OKO Sealant, sebuah syarikat penampal tayar dari UK yang menjanjikan tunggangan kita lebih selamat dan meyakinkan. Berbeza dengan produk penampal tayar lain, OKO 'Tyre Sealants' berasaskan air yang lebih melindungi keadaan dalam tayar sewaktu proses penampalan berbanding yang lain. Penampal tayar dari OKO ini sesuai untuk semua jenis motosikal tidak kira model apa sekalipun termasuk motocross.

Bersebelah dengan tapak promosi OKO, para pengunjung berpeluang untuk menguji beberapa aksesori penting buat penunggang seperti alat komunikasi dan alat pengisi angin moden.
Anda belum cukup ‘otai’ kalau tak kenal dengan pengedar barangan motosikal Mecinda yang beroperasi di Pertama Komplex, KL. Booth Mecinda menjual topi keledar, jaket, but menunggang dan lain-lain dengan harga berpatutan.

Pengeluar pelincir Totachi juga hadir dengan ruang pameran serba merah. Pelbagai siri pelincir motosikal ditawarkan kepada para pengunjung KLBS23. Syarikat ini telah diasaskan di Jepun pada tahun 1998 dan memiliki rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

Perbaharui insurans motosikal dan kereta anda di Pacific & Orient Berhad (P&O) yang menawarkan pelbagai kemudahan dan pakej menarik. Para pengunjung yang hadir ke booth P&O bukan sahaja memperoleh maklumat mengenai insurans tetapi juga berpeluang memenangi hadiah menarik menerusi pemainan yang disediakan.

Di sebelah kanan (dari pintu utama), terdapat 40 buah motosikal retro yang dibawa khas oleh Retro Mania ke KLBS’23. Model-model retro seperti Suzuki Katana 750, Yamaha RX-King, Yamaha TZR125, Yamaha Pasola, Kawasaki KR-1 dan banyak lagi. Buat pencinta motosikal-motosikal klasik, memang rambang mata dibuatnya.

Ada unit yang dipamerkan sahaja dan banyak juga yang dijual pada harga yang cukup ‘kayangan’. Antara yang paling mahal ialah Yamaha RD350 Kenny Robert dan Yamaha RZV 500R V4 juga berharga lebih daripada RM100,000. Turut dihebahkan ialah acara Retro Mania 2023 yang dijadualkan akan berlangsung di MAEPS, Serdang pada bulan November nanti.

Setelah puas berjalan, jom hilangkan lapar dan dahaga di Richiamo Coffee yang menyajikan pelbagai menu yang lazat dengan harga yang cukup berpatutan. Antara yang popular ialah Ice Chocolate, Hazelnut Cappuccino, Ice Latte, Salted Egg Yolk Croissant dan donut.

Kemuncak acara pada hari ketiga penganjuran ialah persembahan hebat daripada kumpulan rock lagenda, Wings. Suara padu Datuk Awie yang digabungkan dengan alunan muzik dari Eddie, Black, Sham dan Edrie membuktikan mereka masih hebat. Lagu-lagu popular mereka seperti Misteri Mimpi Syakila, Sejati, Jaket Biru, Bernafas Dalam Lumpur, Intanku Kesepian dan banyak lagi menggemakan Dewan Merdeka, WTC.

Kami juga sempat berbual-bual dengan ramai pengunjung di KLBS'23. Tidak dinafikan, pandangan dan komen yang kami dapati berbeza-beza. Beberapa pengunjung dari India, Australia, Syria dan Sepanyol menyatakan untuk penganjuran pertama, ia cukup mengagumkan sehingga ada di antaranya membeli tiket untuk 4 hari penganjuran. Mereka memberi pandangan bahawa ruang pameran cukup luas, selesa, moden dan gah dengan pelbagai model-model terbaru di pasaran. Ada juga yang memberikan 'lima bintang.'

Tidak kurang juga yang kurang berpuas hati dan memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikkan di masa akan datang. Antaranya tentang harga tiket, jumlah pempamer/pengeluar motosikal, perlu ada motosikal kustom, lokasi, harga parking, harga penjualan makanan, penambahan promosi, ruang tunggang uji dan tarikh acara yang lebih baik dianjurkan pada minggu pertama (minggu gaji).

Semestinya penganjuran pertama Kuala Lumpur Bike Show 2023 ini masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi keberanian dan semangat pihak penganjur dalam menjayakannya wajar disokong demi memartabatkan dunia dua roda di negara kita. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Semoga KLBS'24 akan kembali menemui kita tahun depan. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Warta Roda

    Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

  • Penunggang Motosikal Maut, Terlanggar Khinzir di Tengah Jalan

  • Warta Roda

    Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

  • Warta Roda

    Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

  • Warta Roda

    Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Artikel berkaitan

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Ducati Monster Senna Edisi Terhad: Penghormatan Buat Ayrton Senna

Penunggang Motosikal Dihempap Pokok!

Blueshark Kembangkan Rangkaian Pengedar ke Seluruh Negara

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Keselamatan Diendah: Sekumpulan Individu 'Berkelah', Masak & Makan Di Stesen Minyak

Konvoi 'High Speed Hill Journey' Bersama Pengedar Yamaha Taiwan

Kemalangan Motosikal Dengan Pacuan 4 Roda, Penuntut IPT Maut

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Boon Siew Honda (BSH) di Malaysia Autoshow 2024 - Bakal Lancar ADV350, CB750, XL750 dan NX500

Boon Siew Honda (BSH) bakal memperkenalkan empat model terbaru yang akan berada di pasaran tempatan iaitu Honda ADV350, CB750, XL750 Translap dan NX500.

Warta Roda

Kemalangan Ngeri Tiga Kereta & Sebuah Motosikal, Tiga Cedera Parah...

Lima individu cedera termasuk tiga cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Warta Roda

Peraturan Baru MotoGP Bermula Musim 2027 - Kapasiti Enjin Dikurangkan Kepada 850cc

MotoGP bakal mengenakan peraturan baru kepada semua pasukan bermula musim 2027.

Dari Litar

Pecco Juara GP Sepanyol...Tapi Marquez Sudah 'Kacau'!

Saingan kali ini lebih 'syiok' apabila Pecco diberi tentangan sengit oleh Marc Marquez yang dilihat sudah semakin memahami karaktor jenteranya.