☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Januari 2024

Ducati Supermono - Ducati Silinder Tunggal yang Pertama

Ducati memperkenalkan enjin silinder tunggal baharu-baharu ini yang digelar 698 Mono, bagi model Hypermotard 698 Mono. Mereka kemudiannya mengikuti jejak tersebut dengan memperkenalkan sebuah motosikal motocross yang turut menggunakan enjin silinder tunggal yang digelar Desmo450 MX. Tetapi, kedua-dua motosikal ini bukanlah kali pertama Ducati menggunakan enjin silinder tunggal dalam zaman moden, kerana terdapat sebuah jentera silinder tunggal pada abad ke-90an yang digelar Ducati Supermono.

Motosikal ini direka khas untuk mengambil bahagian di dalam siri perlumbaan Supermono di benua Eropah. 

Enjin Ducati Supermono sebenarnya berasal daripada enjin V-Twin 90-darjah model Ducati 888 Corsa. Jurutera Ducati kemudiannya membuang piston di bahagian belakang dan meninggalkan piston di dalam silinder depan sahaja. Tetapi, kedua-dua silinder masih mempunyai rod penyambung piston (conrod atau lebih dikenali sebagai jackrod di Malaysia). Oleh itu, conrod belakang menjadi pengimbang kepada piston dan conrod depan, tanpa perlu menggunakan syaf pengimbang (balancer shaft). Gas daripada enjin dibuang melalui ekzos Termignoni. Terdapat dua versi, satu yang menggunakan piston dengan gerek 100mm berkapasiti 549cc, manakala versi piston gerek 102mm berkapasiti 572cc. Enjin ini dapat menghasilkan kuasa maksimum 75hp.

Spesifikasinya casisnya juga amat tinggi, seperti fork terbalik Öhlins 42mm di depan dan monoshok Öhlins DU2041 di belakang. Cakera brek depan dibuat daripada besi tuang dan dicengkam oleh kaliper perlumbaan Brembo P4 30-34.

Bagi mengurangkan keberatan motosikal, fairing badannya selain kerangka belakang, tangki minyak, braket pemijak kaki, kotak udara, serta pemegang meter diperbuat daripada gentian karbon. Bahagian-bahagian enjin seperti penutup-penutup klac dan magneto, pelaras rantai dan pengikat fork diperbuat daripada magnesium. Pendekatan ini menghasilkan sebuah motosikal dengan keberatan 125.6kg!

Rekabentuknya dihasilkan oleh Pierre Terblanche yang akhirnya merekabentuk model-model Ducati yang lain seperti ST2, ST3, ST4, Multistrada generasi pertama, dan sportbike 999 setelah Massimo Tamburini (perekabentuk 916) berpindah ke MV Agusta. Rekabentuk Supermono sebenarnya memainkan peranan dalam pembentukkan rekabentuk 916.

Hanya 67 buah Ducati Supermoto dihasilkan di antara 1993-1997.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).