Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2019

Mega Ride & Camp Givista 2019

Pada 4 hingga 6 Oktober lalu, GIVI Asia Sdn Bhd yang berpengkalan di Bukit Beruntung telah menganjurkan satu konvoi bermotosikal ke Lata Lembik, Raub Pahang. Lebih kurang 70 buah motosikal memenuhi ruang hadapan kilang GIVI ini. Bertemakan Ride & Camp, hampir semua motosikal penuh dengan muatan barang perkhemahan. Para peserta juga nampak teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan.

Pengurus Pemasaran GIVI Asia Sdn Bhd, En. Sam Sharman dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Konvoi untuk perjalanan kali ini. Beliau telah memberi taklimat sebelum konvoi bergerak pada jam 3.30 petang. Menurutnya, konvoi ini bertujuan untuk memperkenalkan Komuniti Givista khusus untuk para pencinta motosikal dan GIVI di seluruh negara dan ianya semakin popular dengan jumlah ahli menghampiri 4,000 orang.

Menurusi penganjuran program ini, objektif pihak GIVI adalah untuk memberi penekanan mengenai cara menunggang dengan selamat, betul dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Tiga kumpulan telah dibentuk mengikut kesesuaian: motosikal 250cc ke atas, penunggang-penunggang amatur dan selebihnya diletakkan di dalam kumpulan tiga. Bagi memastikan peserta kekal dalam kumpulan dan tidak memotong sehinggalah sampai ke destinasi yang dituju, setiap motosikal peserta telah dilekatkan dengan nombor.

Syukurlah! Cuaca pada petang itu amat baik sekali. Kami melalui jalan Batang Kali - Genting Highlands dan seterusnya ke Bentong bagi membolehkan jentera moped mengisi petrol. Semasa mendaki di laluan Genting Highlands, ada juga di antara para peserta yang agak risau terhadap rakan-rakan konvoi yang mengendalikan jentera bermuatan berat di bahagian belakang. Namun semuanya selamat sampai di hentian pertama.

Di hentian kedua - stesen minyak Raub, kami diberitahu bahawa hujan sudah mula turun di laluan yang akan kami lalui nanti, kira-kira 46 kilometer lagi sebelum sampai ke Lata Lembik. Alang-alang berhenti, kebanyakan peserta membuat keputusan untuk memakai baju hujan sebelum meneruskan perjalanan.

Hari semakin gelap dan jalan raya agak licin. Hujan gerimis mengiringi kami memasuki simpang Kampung Ulu Sungai untuk ke Lata Lembik. Lebih kurang 30 minit kami sampai ke destinasi dengan selamat dan jam di tangan sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Kelihatan papan-papan tanda GIVI megah didirikan dan beberapa buah khemah telah pun siap dipasang untuk 15 peserta terawal yang mendaftar. Bertuahnya badan!

Sementara itu, yang lain sibuk memasang khemah, lebih seronok lagi bila ada yang membantu walaupun baru bersua muka. Terima kasih kepada saudara Awi HKL yang membantu saya memasang khemah. Ada yang mula memasak hidangan makan malam,  berkenal-kenalan dengan rakan baru dan ada juga yang sibuk kemaskan kawasan khemah... memang macammacam aktiviti.

Ada sebuah gerai kecil yang menjadi tumpuan para peserta menikmati makan malam. Memang tak menang tangan dibuatnya tokey gerai itu menyiapkan setiap pesanan. Nasib pelanggannya baik hati... sabar je menunggu. Di dewan terbuka pula, satu tayangan filem sedang dimainkan. Ini sudah bagus... kita layan movie dulu ‘The Avengers’ sebelum melelapkan mata. Cuaca pada malam itu juga agak dingin.

Sabtu - 5hb Oktober 2019

Seawal jam 7.30 pagi sarapan yang ditaja sepenuhnya oleh pihak GIVI sudah tersedia. Sedap belaka! Memang mengejutkan apabila para peserta dapat tahu akan tiba empat buah foodtruck ke tapak perkhemahan ini yang akan menyediakan lunch dan dinner untuk semua peserta.

Acara utama pada pagi ini ialah bike trail clinic oleh saudara Remy Buragas dari Pangkolo Riders. Mula-mula diberi taklimat, pengajaran secara lisan caracara mengawal dan mengendalikan motor dengan betul. Kemudian diikuti dengan ujian praktikal di litar offroad. Mereka yang berminat dibawa ke dalam hutan atau pun kawasan yang sudah dikenalpasti oleh
pihak penganjur dengan menggunakan motosikal sendiri.

Safety first!! Para peserta diwajibkan memakai helmet, sarung tangan dan kasut untuk mengambil bahagian dalam acara ini. Inilah masa yang sesuai untuk menguji kemampuan dan keberanian diri mengendalikan jentera masing-masing di kawasan yang sukar dan mencabar.

Kesempatan ini jugalah pemilik 'sang moped', terutamanya Honda RS150 dan Yamaha Y15ZR dapat menguji sejauh mana pengubahsuaian motosikal mereka menjadi jentera adventure menawarkan pengendalian yang lebih baik berbanding model standard. Laluan berbukit, licin dan berlopak pada awalnya agak merisaukan para peserta. Namun hasil tunjuk ajar saudara Remy dan krew GIVI, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Para peserta berjaya menghabiskan cabaran sehingga menyeberangi sebatang anak sungai seperti yang telah ditetapkan. Walaupun motor kesayangan disaluti lumpur dan kaki pun terlekat seekor dua pacat, pengalaman tersebut sememangnya tidak boleh dijual beli. Menerusi klinik tunggangan yang dianjurkan, sedikit sebanyak ia telah dapat meningkatkan tahap keyakinan dan kawalan motosikal semasa menunggang.

Selepas makan tengahari, ada yang mengambil kesempatan untuk menyegarkan diri di sungai, ada yang mencuci motor, ada juga yang berbualbual sesama sendiri, ada yang bermain flying fox dan sebagainya. Lebih kurang jam 6.30 petang, kami mula menikmati hidangan makan malam dari food truck yang ada. Suasana dimeriahkan lagi dengan aktiviti memasak bbq oleh krew GIVI sendiri.

Dua jam kemudian, bermulalah sesi berkongsi pengalaman yang disampaikan oleh duta GIVI dan Givista. En. Sam Sharman memulakan acara dengan menceritakan serba sedikit latar belakang tentang dirinya dan GIVI. Sambil rakaman video dimainkan, saudara Mohan K Ramanujam berkongsikan kisahnya berpeluang menikmati juadah enak di sebuah restoran yang dibina di dalam gua yang berusia jutaan tahun sewaktu mengikuti konvoi GIVI mengelilingi Malaysia.

Duta GIVI, Anita Yusof pula berkongsi pengalaman beliau dari siri Global Dream Ride - bermotosikal secara solo dari Alaska hingga ke penghujung jalan di selatan dunia di Argentina. Banyak pengalaman suka duka yang beliau kongsikan. Selepas itu giliran duta Givista pula berkongsi pengalaman masingmasing seperti Alfishahrin dan Diana yang menaiki  sebuah moped sehingga sampai ke London dan Moscow. Dalam perkongsiannnya, Alfishahrin lebih menekankan permasalahan dokumentasi di setiap sempadan negara terutama sekali di negara Asia.  

Sidi dan Ana pula menceritakan kisah perjalanan mereka mengerjakan umrah ke tanah suci dengan menunggang sebuah moped. Tidak ketinggalan juga saudara Eirwan Ahmad yang terkenal di kalangan Moped ATM yang telah mengembara hingga ke Himalaya. Sebelum majlis berakhir, kami semua dikejutkan dengan perasmian empat buah topi keledar terbaru bernama Vista. Ianya akan berada di pasaran bermula November 2019.

Menerusi pelancaran ini, ia telah membuktikan betapa komitednya pihak GIVI dalam mengeluarkan produk-produk baru yang berkualiti demi keselamatan dan keselesaan pengguna-pengguna. Apa yang lebih menarik, produk GIVI ini bukan sahaja digunakan oleh pengguna motosikal sahaja malah produk seperti pouch bag dan beg galas kalis air juga turut digunakan oleh penggemar aktiviti outdoor pada masa kini.

Sambil meneliti dan mencuba topi keledar baru, kami semua didendangkan dengan alunan muzik menarik oleh dua orang penghibur yang diberi nama Borneo Buskers.

Pemilihan lokasi perkhemahan ini sangat tepat. Ianya dapat memberi ketenangan minda dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Kami semua pasti merindui suasana malam di sini, berkhemah sambil ditemani bunyi air sungai yang mengalir deras. Hujan mulai turun, dan di malam terakhir ini kami semua tidur di dalam kemah bertemankan hujan hingga ke subuh hari. RR

- Shamsul

Isu Pada

Disember 2019

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Empat motosikal bergesel sesama sendiri, seorang maut

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Sah...juara perlumbaan WorldSBK, Toprak Razgatlioglu telah menandatangan kontrak dengan Yamaha dalam saingan MotoGP bersama pasukan Pramac Yamaha MotoGP untuk musim 2026.

Warta Roda

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Seramai 15 orang disahkan maut dalam nahas kemalangan sebuah bas dan kenderaan MPV di Gerik.

Warta Roda

Boon Siew Honda Nafi Jentera Jenama Lain di Malaysia Gunakan Enjin Honda

Boon Siew Honda ingin menangani dakwaan yang tidak tepat baru-baru ini yang telah mula beredar. Dakwaan ini mencadangkan bahawa enjin Honda digunakan pada motosikal bukan jenama Honda.\

Model Baru

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Yamaha TRACER 7 dan TRACER 7 GT 2025 hadir untuk memberikan takrif baru untuk segmen Sport Touring 'kelas pertengahan dengan menampilan wajah baharu yang lebih garang dan diberikan pelbagai peningkatan teknologi menarik bagi memastikan.