☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Februari 2024

Dapatkan pelbagai jenis tayar dan servis motosikal di Tayarhaus

Jika berhajat untuk dapatkan pelbagai jenis tayar yang bersesuaian dengan motosikal anda, jemput datang ke Tayarhaus yang terletak di No.9, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal, Temerloh, Pahang. Tayarhaus beroperasi setiap hari (kecuali Ahad) dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Apa yang menarik di sini? Konsep perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tayarhaus memang berbeza dengan kedai motosikal yang lain. Tidak hanya sekadar menjual tayar seperti mana yang dikehendaki oleh pelanggan semata-mata, kakitangan Tayarhaus akan memberikan cadangan sebaiknya mengikut jenis sesebuah motosikal, kelaziman corak penggunaan, isipadu motosikal dan lain-lain.

“Kita perlu melihat kepada jenis dan cara penggunaan motosikal bagi seseorang penunggang itu sebelum membuat pemilihan tayar. Ini amat penting bagi menjamin keselamatan daripada sebarang bencana. Tayar direka dalam pelbagai saiz, jenis, corak bunga dan sebatian yang ada ketikanya kurang diendahkan oleh para pengguna motosikal,” komen En. Zulkifli Mohd Nor pemilik Tayarhaus yang lebih senang dengan panggilan Zack.

“Di sini kami mempunyai stok tayar pelbagai jenama dan kegunaan untuk semua jenis motosikal dari ‘big bike’ hinggalah model-model moped termasuk skuter. Ramai di kalangan pemilik motosikal yang membeli atau menukar tayar tanpa mengetahui betapa pentingnya spesifikasi yang tepat, asalkan saiznya sama. Kes ini memang terlalu banyak berlaku. Sebagai contoh, ada pelanggan yang menunggang jentera 650cc telah memasang tayar belakang moped 150cc pada bahagian depan motosikalnya. Jenis dan sebatian tayar yang tidak sesuai dengan motosikal sangat berbahaya. Tayar motornya itu meletup ketika memecut tetapi mujurlah penunggang tersebut tidak tercedera.”

“Kami tidak memberi tumpuan pada perkhidmatan penyelenggaran, pembaikan atau servis seperti kedai-kedai motosikal lain. Di Tayarhaus, kami mahu pergerakan (masuk/keluar) sesebuah motosikal itu cepat. Jadi, di sini kami hanya memberi pendekatan dalam perkhidmatan ‘ware and tear’ sahaja seperti penukaran tayar, servis minyak enjin, minyak gearbox, brake pad, rantai dan sproket.”

Begitu juga dengan pembelian rantai. Masih ramai pengguna motosikal yang kurang mengenali saiz, jenis dan kekuatan rantai bersesuaian dengan jenis-jenis motosikal. Contohnya rantai bersaiz 520, ia memang terlalu banyak yang digunakan pada motosikal baik untuk model 250cc hingga 1000cc.

“Para pemilik motosikal perlu tahu model mana yang memiliki daya ketahanan yang bersuaian dengan enjin motosikal mereka. Contohnya untuk rantai RK jenis O-ring, ia sesuai untuk motosikal sehingga 500cc seperti Z250 atau Dominar 400 tetapi jika menunggang motosikal 650cc pula, kita kena pakai rantai 520 jenis X-ring pula yang memiliki ketahanan sehingga 750cc. Rantai siri GSW dan ZXW pula sesuai untuk motosikal bersesaran lebih daripada 800cc.”

Berkongsikan ilmu dan kesedaran. Itulah yang cuba ditekankan oleh Zack dan seluruh kakitangan Tayarhaus agar para penunggang motosikal dapat menikmati perjalanan serta aktiviti bermotosikal dengan selamat. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).