☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Februari 2024

Anggota Tentera Maut Nahas Kemalangan Tiga Kenderaan

Seorang anggota tentera maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan tiga kenderaan termasuk sebuah lori polis, di Kilometer (KM) 379 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan semalam.

Mangsa, Mohamad Hafizz Yusof, 28, dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat nahas itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada jam 11.14 malam tadi.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah lori tiga tan jenis Isuzu milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), motosikal Yamaha 125ZR dan kereta Nissan Almera.

"Hasil siasatan awal pihak polis mendapati sebaik saja tiba di tempat kejadian, pemandu lori berumur 39 tahun yang dalam perjalanan dari Batu Uban, Pulau Pinang, ke Shah Alam, Selangor, telah memberhentikan kenderaan itu di lorong kecemasan selepas lori terbabit dipercayai rosak.

"Beberapa minit kemudian, terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang sebelah kanan lori itu akibat dilanggar motosikal yang ditunggang mangsa," katanya.

Akibat rempuhan itu, Mohd Hasni berkata, mangsa tercampak ke atas jalan lalu kemudiannya dilanggar pula oleh sebuah kereta mendatang di lorong kanan yang tidak sempat mengelak.

Beliau berkata, mangsa terseret kira-kira 100 meter (m) sebelum kereta terbabit berhenti di lorong kecemasan.

"Kemalangan itu menyebabkan mangsa yang bertugas di Kem Bentong, Pahang, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Jenazah anggota tentera itu kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Slim River, untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. RR

sumber: https://www.bharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.