☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Mac 2024

Harley-Davidson Hydra-Glide Revival 2024

Pada tahun 1950-an lalu, Harley-Davidson muncul ke pasaran dengan enjin Panhead 74-inci padu, fork hadapan Hydra-Glide jenis teleskopik dan skema warna yang menyegarkan. Kemunculan model itu membawa tenaga baru yang lebih segar dan satu model yang paling disukai ialah FLH 1956. Model ini menampilkan warna asas merah yang dipadankan dengan jalur putih, dahulunya dikenali sebagai 'SLASH' yang memberi erti dua tona warna.

Kini, 75 tahun selepas pengenalan Hydra-Glide pada 1949, Harley-Davidson menghidupkan semula ikon era Panhead ini dalam pengeluaran edisi terhad.

Hidra-Glide Revival disempurnakan dengan enjin 'Pan Head' Milwaukee-Eight 114 (1,868 cc), sistem suntikan bahan api elektronik yang menghamburkan kuasa maksimum 94hp/70 kW pada 4,750 rpm dan tork 161 Nm pada 3,000rpm.

Ia dilengkapkan dengan panel meter analog 5-inci beserta meter digital yang memaparkan posisi gear, tahap kelajuan, odometer, takometer tahap bahan api, jam, jarak perjalanan, trip, jam dan lain-lain. Turut menjadikan model ini menarik ialah lampu-lampu jenis LED, soket USB, tangki 'teardrop' ikonik bersaiz 19 liter dan komponen krom. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.