☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mac 2024

Blueshark Perluaskan Tempat Penukaran Bateri di sekitar Lembah Klang

Blueshark selaku anak syarikat Sharkgulf Technologies Group serta pengedar skuter elektrik kini memperluaskan tempat penukaran bateri yang dikenali sebagai 'Bluestation' untuk model-model keluaran mereka ke 15 lokasi di seluruh Lembah Klang. Bluestation diletakkan di beberapa stesen minyak Petronas yang terpilih di pelbagai lokasi bagi memudahkan pemilik skuter elektrik Blueshark menukarkan bateri mereka.

"Kami sentiasa percaya bahawa penukaran bateri adalah satu kunci untuk memudahkan para pengguna jentera EV di Malaysia. Dengan pencapaian ini, kami menyahut seruan agar lebih banyak lagi BlueStation bagi merealisasikan pontensi penuh platform siri-R kami untuk menjadikan kemudahan penukaran bateri menjadi realiti," kata En. Jin Chan, Coo Kumpulan (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd.

Petronas Jalan Maarof.
Petronas Jalan Maarof.

Perkembangan ini menyaksikan sebanyak 10 lagi pertambahan BlueStations yang dipasang di stesen minyak Petronas terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Bangsar, Damansara Jaya, Cheras, Kepong dan Kota Damansara. Pihak Blueshark menyasarkan sebanyak 50 buah BlueStation yang bakal dipasang di seluruh negara pada akhir 2024.

"Ini benar-benar merupakan masa terbaik bagi mempertimbangkan peralihan kepada motosikal elektrik. Dengan pengembangan rangkaian pertukaran bateri Blueshark, ditambah pula dengan rebat motosikal MARiiCas RM2,400 EV, Tawaran Hari Raya Blueshark dan promosi lain, mobiliti elektro tidak pernah lebih bergaya, berpatutan, atau mudah seperti ini”, tambah En. Jin.RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.