☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Julai 2024

HLYM Merasmikan YGP Store Pertama di Melaka

Bersempena dengan Yamaha Day 2024! Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut merasmikan pembukaan YGP Store (Yamaha Genuine Parts and Accessories) yang pertama di Selatan Malaysia.

Turut hadir memeriahkan majlis iaitu YB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Bin Md Ali, Adun Lendu ditemani oleh Professor Dato' Dr. Jim Khor, Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries & Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd serta En. Goh King Hock, Pengarah Urusan BLH-Ban Lee Motor Sdn Bhd.

YGP Store - BLH Glassteel diuruskan oleh BLH-Ban Lee Motor Sdn Bhd merupakan Yamaha Star Centre yang berfungsi sebagai pusat 3S (merangkumi tiga perkara iaitu Sales, Service dan Sparepart). Kedai motosikal inovatif ini adalah cawangan kedua di bawah BLH Motor yang terletak di Sungai Udang, melaka.

Nama Glassteel diambil dari perkataan "Glass" yang mencerminkan penggunaan kaca pada banggunan. Manakala "Steel" pula melambangkan struktur penggunaan bahan keluli yang kukuh.

BLH Motor mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri motosikal dalam memberikan produk berkualiti serta khidmat pelanggan yang terbaik. Penubuhan BLH Glassteel adalah satu pencapaian buat BLH Motor dalam usaha untuk mencapai kecemerlangan. Pengiktirafan sebagai pengedar rasmi Yamaha Genuine Parts and Accessories (YGP) merupakan bukti komitmen bagi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

"Setiap tahun pada 1st Julai adalah hari yang sangat istimewa terutama buat peminat-peminat Yamaha di Malaysia dan seluruh dunia untuk menyambut hari jadi Yamaha. Dengan ini, pihak HLYM juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengedar, rakan kongsi dan penguna-pengguna motosikal Yamaha kerana sentiasa memberi sokongan penuh kepada jenama yang dipercayai ini," kata En. Hoo Wan Tim, Pengurus Besar Pemasaran & META, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd.

Selain menjual alat ganti tulen, BLH Glassteel turut menawarkan rangkaian motosikal Yamaha dari model skuter yang popular iaitu Ego Avantiz sehinggalah model terkini, Tenere 700. Terdapat juga barangan aksesori dan gaya hidup yang lengkap di bawah persekitaran berhawa dingin. Ruangan servis pula dilengkapi dengan tiga lif motosikal dan dikendalikan oleh para mekanik berpengalaman.

BLH Glassteel terletak di alamat SU 97, Jalan Terendak Height 1, Taman Terendak Height, 76300 Sungai Udang, Melaka. RR

Isu Pada

Ogos 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.