☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Julai 2024

Putih & Kelabu, 2 Warna Baru Honda ADV160. Harga Asas Terkini RM13,249

Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan kehadiran warna terbaru untuk model ADV160 yang terdiri daripada Kelabu dan Putih. Honda ADV160 dengan warna serba baru ini boleh didapati di semua Honda IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bermula dari 18hb Julai 2024.

Kelabu.
Kelabu.

Honda ADV160 dilengkapkan dengan enjin 157cc, 4-injap eSP+ yang memiliki hantaran kuasa 11.8 kW pada 8,500rpm dan tork 14.7Nm pada 6,500rpm. Kemantapan ADV160 telah terbukti sewaktu RR menunggang uji jentera ini tahun lalu - memang padu, jimat dan bergaya.

Antara sistem elektronik yang dimiliki oleh model ini ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Idling Stop System (ISS) yang menjanjikan prestasi dan penjimatan bahan api pada masa yang sama. Pelananya yang hanya setinggi 780mm memudahkan sesiapa sahaja mengendalikan skuter adventure ini.

Putih.
Putih.
Kelabu.
Kelabu.

Untuk menjamim keselamatan penunggangnya, BSH telah menyempurnakan model ini dengan Cermin Pengadang Angin boleh laras, sistem ABS, brek cakera berkelopak. Honda ADV160 dipadankan dengan sistem pengecas USB, ruang bawah pelana 30 liter dan sistem pencegah kecurian.

Harga asas untuk Honda ADV160 berwarna baru ini ialah RM13,249 (tanpa yuran pendaftaran, insurans dan cukai jalan). Setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan. RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.