☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Julai 2024

GIVI Asia Anjurkan Acara Ride & Camp ke Kampar, Perak

Givi Asia telah telah mengajurkan acara Ride & Camp pada 13-14 Julai lalu ke Sahom Valley Resort, Kampar Perak yang disertai sekitar 100 buah motosikal pelbagai model dari yang ber'cc' kecil hingga besar.

Untuk memudahkan perjalanan, dua kumpulan telah dibentuk iaitu motosikal berkuasa 250cc ke atas satu kumpulan manakala jentera moped dan skuter di bawah 250cc pula dikumpulkan dalam kumpulan berbeza. Penganjuran seperti ini juga menemukan kita dengan para penunggang wanita yang juga aktif dalam aktiviti perkhemahan.

Sahom Valley Resort merupakan sebuah resort ladang kelapa sawit yang di kelilingi bukit-bukau, tasik dan sungai serta tumbuhan hijau. Penganjuran sebegini sememangnya peluang terbaik buat para pencinta motosikal dan alam yang ingin meninggalkan kesibukan kota raya serta bertemu dengan rakan taulan.

Ketika tiba di tapak perkhemahan, sebilangan para peserta mengambil kesempatan untuk menyegarkan diri di dalam sungai...cara terbaik untuk merehatkan diri setelah penat berkonvoi. Paling seronok ada juga yang menikmati buah durian di kawasan kampung dengan harga yang murah. Durian kampung, durian bukit, memang enak dimakan begitu sahaja.

Pada acara di sebelah malamnya, para peserta dihidangkan dengan kambing dan ayam bakar. Bab makan di resort ini jangan risau, ada beberapa gerai sekitar resort ini yang di buka hingga lewat malam. Siapa sangka, rider motor boleh menghias khemah masing-masing dengan lampu-lampu yang berwarna-warni. Memang peminat tegar aktiviti berkhemah!

Turut diadakan (Hari Kedua) ialah acara Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah-hadiah menarik antaranya Baju-T, beg dan peserta paling bertuah dapat membawa pulang sebuah topi keledar GIVI yang menarik. Tahniah buat GIVI atas penganjuran ini dan diharapkan acara ini akan terus diadakan dari masa ke semasa. RR

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.