Isu Terkini

Disember 2023

Warta Roda / 22 September 2020

BRIMOB 72th Anniversary Fun Adventure Palembang 2017

Aktiviti offroad kini semakin popular di Malaysia dan juga semestinya di rantau Asean. Para pengeluar jentera-jentera trail, enduro dan motocross berlumba-lumba mengeluarkan produk terbaru masing-masing. Contohnya... Kawasaki dengan KLX, Yamaha perkenalkan TTR, Honda pula menarik perhatian dengan CRF dan lain-lain. Apa yang lebih menarik, selain Kawasaki, jenama lain agak sukar untuk dibeli sekarang ini kecuali model-model yang sudah agak 'tua'.

Ada juga di antara mesin-mesin ini terbiar tersadai di belakang rumah.... pondok ke kebun dan di tepi reban ayam. Bila semakin sukar untuk didapati, harganya juga semakin tinggi malah melebihi daripada harga asalnya yang dikeluarkan pada era 70an dan 80an. Tapi sebagai pencinta dunia motocross... ianya tetap dicari dan diminati.

Pada awal Disember lalu, enam orang peminat sukan lasak telah berangkat ke Palembang seawal jam 7.10 pagi. Tujuannya... adalah untuk menyertai acara BRIMOB 72th Anniversary Fun Adventure Palembang 2017. Acara perlumbaan trail sepanjang 72 kilometer bersempena dengan ulangtahunnya amat lasak dan penuh cabaran. Secara tidak langsung, mereka berenam iaitu Mohd Jamil, Mohd Naim, Mohd Ikmal, Mohd Nor Assri (Mat MotoMoto), Mohd Rosaini (Mat Pet) dan Hafiz adalah duta kecil Malaysia di perlumbaan tersebut.

Setibanya di sana, mereka dijemput oleh Pak Anca dari STC Lahat dan Iway dari Sedulur Trail Club yang membawa untuk bersarapan di Restoran Vico. Dapatlah merasa makanan tempatan yang diberi nama 'Pempek'. Rupanya seperti keropok lekor dan mempunyai pelbagai jenis rasa dan inti seperti telur puyuh, telur itik lalu dimakan dengan sos dan cuka. Cukanya pula diperbuat dengan campuran bawang putih, gula, asam jawa dan air. Kebiasaannya, Pempek ini dibuat menggunakan ikan tenggiri. Memang enak bangat!

Terima kasih buat Bupati Lahat, Hj Saifudin Aswari Rivai yang juga merupakan calon Gabenor Palembang yang telah bermurah hati menaja motosikal dan penginapan 'pasukan' dari Malaysia. Ucapan yang sama juga diberikan buat Pak Asmawi yang telah banyak membantu pasukan ini untuk ke acara 'Fun Adventure' ini.

Nota: BRIMOB merupakan nama singkatan untuk Korps Brigade Mobil yang merupakan unit (Korps) tertua dan paling istimewa di Indonesia di dalam Kepolisian Republik Indonesia (Polri) yang telah mengawal pembentukan Kepolisian Indonesia pada tahun 1945. Jika di negara kita, Brimob ini mirip dan lebih kurang sama dengan pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) yang bekerja keras untuk menentang dan mengawal situasi cemas seperti ancaman pengganas, tebusan dan jenayah.

Di majlis makan malam, diperkenalkan tiga orang pelumba lasak dari Itali yang juga merupakan tenaga pengajar di klinik menunggang yang diadakan sempena penganjuran ini. Mereka ialah Mario Rinaldi (4 x World Enduro Champion, 4 x International Six Days Enduro Trophy), Matteo Guerinoni (Pengulas MotoGP, Indonesia  Supersport 600 Champion) dan Roberto D'Auria (Pelumba Red Bull Romaniacs).

“Sememangnya ia merupakan detik manis buat kami semua kerana dapat berbual dan bertukar pandangan bersama-sama pelumba bertaraf dunia disamping menikmati pemandangan indah di jambatan Ampera yang dibina pada tahun 1962 merentasi Sungai Musi,” kata Jamil.

9hb Disember 2017... Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tepat jam 9.00 pagi, semua peserta ke tempat perlepasan yang terletak di Markas BRIMOB Palembang. Seramai 1,000 orang peserta dilepaskan oleh Kopolda Sunsel Irjen Pol Zulkarnain Adinegara (Ketua Polis Palembang). Menurutnya, acara ini merupakan salah satu usaha untuk mempromosikan 'Fun Adventure' dan pada masa yang sama Palembang sebagai salah satu lokasi Sukan Asia 2018. Honda Indonesia terus bersemangat untuk bersama-sama menaikkan dan mempromosikan sukan ini dengan menjadi penaja BRIMOB 72th Anniversary Fun Adventure Palembang 2017 ini.

Sebelum masuk ke 'jalur' atau laluan trail, para peserta diiringi oleh 'Pak Polisi' yang telah memberikan perkhidmatan yang cukup baik. Ketika di Malaysia, rakan-rakan di Indonesia sempat berkongsikan mengenai laluannya jenis 'Fast Trail’ dan para wakil dari Malaysia membayangkan ia seperti laluan lasak dari Bukit Beruntung ke Kerling (popular di kalangan komuniti offroad).

Apabila sampai di lokasi sebenar, jalannya telah bertukar menjadi 'bubur'.... tanahnya sudah hancur bagaikan di sawah. Ini kerana hujan di sepanjang malam sehinggakan ada beberapa jalan raya di Palembang turut dinaiki air. Beratus-ratus peserta terkandas dan terpaksa menggunakan skil dan pengalaman untuk terus ke depan. Bagi yang sudah keletihan, ada yang sampai 'campak' motor mereka.

Memang sukar! Pujian harus diberikan kepada para marshal dan pengunjung yang memberikan pertolongan dan ada yang dapat membaiki jentera yang rosak pada saat itu juga.

Jamil diberi peluang untuk menguji prestasi dan kelincahan jentera Honda CRF150L baru - “Baru koyak plastik!” Ternyata CRF ini memang cukup sesuai untuk pelbagai jenis permukaan dan cabaran. Menurut Jamil, dia cukup berpuas hati dan mengagumi jentera Honda ini. Saspensi, pengendalian, kestabilan, penggunaan minyak dan hantaran kuasa yang mantap boleh menjadikan ia antara yang terbaik di dalam kelasnya.  Dari segi saiz pula, CRF150L ini seperti model 'abangnya', CRF250L. Memang terbaik!

Keenam-enam sahabat baik dari Malaysia terpisah di laluan 'bubur' ini kerana terpaksa berhenti untuk membuang segala lumpur yang melekat pada tayar sehingga ada yang tidak dapat bergerak langsung. Melihat pada keadaan motosikal para peserta yang 'bergelimpangan' di kawasan ini, keadaannya nampak seperti medan peperangan.

Hafiz dan Naim berjaya meloloskan diri untuk berada di kelompok 200 penunggang di hadapan. Laluan kawasan hutan sangat sukar dan 'tricky'. Di laluan 'single track' memang ramai yang tersungkur dan terpaksalah berhenti lagi untuk menunggu giliran satu per satu peserta melepasi halangan di depan mereka.

Di sini kelihatan rentak Hafiz dan Naim lebih pantas berbanding rakan-rakan dari Indonesia Mereka 'mencilok' dan memintas sambil mengucapkan “Permisi Pak”... dengan penuh sopan. Memang kelakar! Para peserta tempatan memang cukup sporting dengan memberi laluan. Selepas dua jam bertarung, kedua-dua 'duta' Malaysia ini akhirnya tiba di Checkpoint 1. Para peserta dibekalkan dengan makanan dan minuman.

Sekali lagi Naim dan Hafiz dapat menyambung semula perjalanan lebih cepat dan berjaya menempatkan diri mereka bersama-sama 10 peserta paling hadapan. Ini kerana mereka berdua mengikuti tips yang diberikan oleh tiga pelumba Itali yang memesan agar tidak berhenti makan jika ingin menamatkan cabaran di posisi hadapan.

Akhirnya juara acara 'Fun Adventure' ini dimenangi oleh pelumba tempatan manakala satu pencapaian terbaik buat mereka apabila Hafiz berjaya melintasi garisan penamat di tempat kedua dan Naim di posisi keenam. Ucapan tahniah juga buat tiga lagi peserta iaitu Jamil, Mat dan Ikmal yang berjaya menamatkan cabaran sukar pada hari tersebut.

Cabaran ini memerlukan paling minima enam jam untuk mengharungi segala rintangan. Ada pula yang tersangkutsangkut sehingga sampai pukul 10 malam pun tak keluar-keluar lagi. Mat Pet sahaja kurang bernasib baik kerana jenteranya mengalami kerosakan. Petugas dan mekanik juga gagal menemuinya kerana dia buat keputusan untuk naik trak. Apabila sampai di tempat berkumpul, barulah Mat Pet beritahu di   mana motor dia berada. Memang sukar nak cari sebab semua motor warna sama.... warna lumpur!

Di sebelah malam pula telah diadakan acara hiburan, majlis pelancaran model baru Honda CRF150L (untuk peringkat Sumatera Selatan) dan acara cabutan nombor bertuah yang menawarkan lapan buah jentera moped dan sebuah Honda CRF150L sebagai hadiah utama.

“Memang baguslah penganjuran ini. Oleh kerana penganjurnya pihak polis (BRIMOB), maka kemudahan, pengawasan dan kawalan sudah pasti hebat dan teratur. Krew-krew juga sangat membantu terutamanya di laluan-laluan sukar. Oleh kerana hujan, banyak kawasan menjadi lebih sukar dan kita mudah putus asa. Tapi kami teruskan juga sebab datang dari jauh..... rugi kalau tak habiskan. Orang tempatan juga banyak memberi sokongan dengan jeritan kata-kata semangat seperti 'Ayuh Pak! Ayuh Pak!' bila nampak kita tersekat atau terjatuh. Itu memang seronok!” Kata Naim.

10hb Disember 2017

Hari ini, para peserta diberi tunjuk ajar dan pendedahan mengenai cara-cara untuk mengendalikan jentera motocross oleh ketiga-tiga rider dari Itali. Mereka berkongsikan cara-cara terbaik untuk mengawal dan mengimbang badan. Penunggang juga perlu berdiri setiap masa dan hanya 5% sahaja dinasihatkan untuk duduk. Ini amat penting untuk menjimatkan tenaga, mengawal pergerakan lebih mudah dan pantas.

Disamping itu, juga diberi pengajaran mengenai cara-cara untuk membuat keputusan dalam pemilihan laluan terbaik ketika menunggang, mengawal pendikit, penggunaan klac, sliding, membrek serta kaedah untuk melepasi halangan seperti balak, parit, kawasan curam dan di lereng bukit.

Memang seronok, puas hati dan gembira dapat turut serta dalam penganjuran acara 'Fun Adventure' ini. Para wakil dari Malaysia berharap dapat menyertainya lagi di masa akan datang. RR

Isu Pada

Februari 2018

Popular

  • Model Baru

    Shineray 284 - Moped Menarik Dari China

  • Dari Litar

    WorldSBK: Pasukan BMW Makin Ceria Dengan Prestasi Toprak!

  • Model Baru

    Harley-Davidson Tobacco Fade 'Enthusiast Collection'

  • Warta Roda

    Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

  • Dari Litar

    WorldSBK 2024: Race Pertama, Tempat Pertama - Pilihan Tayar Terbaik oleh Nicholas Spinelli!

Artikel berkaitan

Cubaan Meragut Gagal, Suspek Telah Ditahan

MBP Moto Ambil Alih Jenama Motosikal Lagenda, Morbidelli

Global: Kemalangan Maut Cecah 243 Mangsa Sepanjang Pesta Songkran

GWM Bakal Perkenal Jentera Kembara 2000cc

Empat Produk Honda Menang Anugerah 'THE RED DOT DESIGN AWARD'

Sepasang Suami Isteri Maut, Motosikal Terbabas Ke Laluan Bertentangan

Suzuki Eropah Perkenalkan Warna Baru untuk GSX-S950

Motosikal Bertembung Kenderaan Polis, Penunggang Remaja Maut

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Qabil Irfan Sedia Mencipta Rekod Dalam Moto4 di Jerez

Saingan Kejuaraan Superbike Sepanyol membuka tirainya pada 5hb - 7hb April di Circuito de Jerez, Sepanyol.

Suzuki RAIDER R150Fi EWC1 Edisi Khas – Endurance Series dilancarkan. Harga asas RM8,988

AMITEC, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan Sukan Permotoran untuk AFY Mobility Industries (AMI), mengumumkan pelancaran edisi khas RAIDER R150Fi EWC1 Endurance Series.

Warta Roda

Mega Iftar DOCM 2024: Santuni Anak-Anak Yatim Di Litar SIC

Kira-kira 30 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras telah dibawa untuk memeriahkan majlis 'Mega Iftar DOCM 2024' yang diadakan di Litar Antarasabang Sepang (SIC)

Dari Litar

Peminat MotoGP di Itali Anggap Pedro Acosta sebagai Valentino terbaru!

Pedro Acosta telah mendapat pujiam tinggi dari masyarakat tanah air Valentino Rossi mengenai kehebatan dan masa depannya. Perbualan di Itali mengenai Pedro Acosta semakin rancak selepas kejayaan pelumba tersebut meraih podium di GP Portugal baru-baru ini dan mula membandingkannya dengan Valentino Rossi.