☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Ogos 2024

Hanya Perlu Bayar RM160 Untuk Pemegang Lesen B1, B2 Yang Lebih 10 Tahun Mohon Lesen B Penuh

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi kelas B1 dan B2 lebih dari 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk menaiktaraf ke lesen B penuh mulai 1hb Oktober 2024.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, walaubagaimanapun pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum layak beralih ke lesen B penuh.

Ini merupakan syarat-syarat menaik taraf lesen B1, B2 ke B Penuh:

  • Pemohon merupakan pemegang lesen memandu B1 atau B2 secara aktif berterusan untuk tempoh minimum 10 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan tahap kompetensi serta pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih ke motosikal berkuasa tinggi.
  • Pemohon perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian ke kenderaan motosikal berkapasiti 500cc dan ke atas di Institut Memandu (IM) dengan kos yuran sebanyak RM160.
  • Perlu menghadiri program amali penunggangan, informasi pemanduan selamat dan informasi pengoperasian motosikal berkuasa tinggi untuk tempoh dua jam.
  • Pemegang lesen B1 atau B2 yang memohon program tersebut mesti bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
  • Perlu mendapatkan pengesahan tahap keupayaan mengendalikan motosikal berkuasa tinggi oleh 'Qualified Training Officer' (QTO) di Institut Memandu (IM).
  • Pemohon Perlu membuat pengesahan sihat tubuh badan, fizikal serta minda secara deklarasi kendiri

Buat masa ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam fasa terakhir bagi persiapan memperkenalkan program peralihan tersebut termasuklah melaksanakan perubahan sistem dan penyelarasan dengan pihak IM.

Menurut Loke, program peralihan ini tidak mempunyai tempoh tamat dan akan diteruskan sehingga suatu masa yang ditentukan.

Sebelum ini, kos untuk mendapatkan lesen motosikal B penuh adalah Rm900 dan perlu menjalani kelas teori selama dua jam dan latihan memandu selama 9.5 jam. Kini terdapat lebih 10 juta pemegang LLM Kelas B2.

Bermula 1hb Oktober 2024 tiada lagi program mendapatkan LMM kelas B1 di IM untuk orang ramai selepas mengambil kira permintaan mendapatkan kelas lesen tersebut adalah terlalu rendah setiap tahun. Kementerian memutuskan untuk mengabungkan kelas B1 dengan B Penuh. 

Individu yang mempunyai lesen kelas B penuh layak untuk menunggang semua kuasa (cc) motosikal dan tidak terhad kepada motosikal berkapasiti 499cc ke bawah saja bagi pemegang kelas B1.

Untuk kelas B1 yang sedia ada, anda akan kekal dalam ketagori berkenaan atau boleh menjalani program peralihan khas untuk mendapatkan lesen kelas B penuh. RR

Sumber berita: http://bharian.com.my

Isu Pada

September 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.