☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Ogos 2024

Suzuki Merdeka Ride 2024

Baru-baru ini Suzuki Malaysia telah menganjurkan satu konvoi yang digelar 'Suzuki Merdeka Ride 2024' selama 2 hari 1 malam ke Ipoh, Perak. Acara ini berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 orang peserta dengan lebih daripada 40 buah jentera Suzuki berkuasa tinggi yang rata-ratanya dari seluruh semenanjung Malaysia.

Hari Pertama (17/08/2024)

Seawal jam 7.00 pagi lagi perkarangan ibu pejabat Suzuki Malaysia (SMSB) dipenuhi dengan jentera para peserta seperti Suzuki V-Strom 1050, V-Strom 650, GSX-S750 dan pelbagai lagi. Lebih menarik lagi pengembaraan ini turut disertai oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI, En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya. Majlis pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh Pengurus Besar & Pengarah Suzuki Malaysia Sdn Bhd, Dato Jeffrey Lim pada jam 9.00 pagi bersama-sama pegawai-pegawai tertinggi Suzuki Malaysia.

Perjalanan bermula dari Glenmarie, Shah Alam melalui lebuhraya NKVE, PLUS dan LATAR kemudian menyusuri bandar Kuala Selangor untuk menuju ke stesen minyak Sungai Lias di Sungai Besar. Perjalanan lebih kurang 100 kilometer hanya mengambil masa 1 jam 30 minit dan di sini para peserta berhenti untuk mengisi bahan api masing-masing.

Perjalanan disambung semula untuk menghala ke menara Condong, Teluk Intan. Setibanya di sini, para peserta diberi peluang untuk bergambar sorang demi seorang bersama jentera masing-masing. Pada jam 1.00 petang, konvoi tiba di Restoran Ikan Bakar Kepoi Kepoi Rumah Kuning di Setiawan sebelum singgah ke Waterfront Lumut dan menghala ke Hotel Casuarina, Meru, Ipoh untuk bermalam. Perjalanan menghala ke hotel cukup lancar sekali tanpa halangan yang dibantu oleh anggota polis bahagian trafik IPD Ipoh serta empat orang pengiring dari krew Suzuki Malaysia.

Aktiviti disebelah malam, para peserta disajikan dengan pelbagai jenis aneka makanan. Terdapat juga pertandingan menyanyi oleh para peserta konvoi serta pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan pada malam tersebut. Acara yang dinanti-nantikan adalah penyampaian cabutan bertuah yang menawarkan hadih-hadiah menarik.

Hari kedua (18/08/2024)

Konvoi mula bergerak seawal jam 9.00 pagi menghala ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan (SRC), Ipoh Perak bagi meraikan Program Sempena Bulan Kemerdekaan Asrama SRC. Perjalanan pada hari ini turut diiringi oleh anggota polis bahagian trafik bagi melancarkan pergerakan ke destinasi yang dituju. Setibanya di sekolah tersebut, kedatangan para peserta konvoi disambut lebih kurang 200 orang penghuni asrama SMK Raja Chulan serta guru dengan kibaran bendera Malaysia.

Aktiviti yang diadakan di sini adalah sukaneka, tarik tali, pameran kempen keselamatan jalan raya oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, acara menanam pokok mempelam sumbangan daripada Suzuki Malaysia (SMSB) dan sumbangan bendera Malaysia kepada sekolah. Selain itu, para pelajar juga turut berpeluang meronda di dalam kawasan sekolah dengan motosikal peserta-peserta konvoi.

Program yang dianjurkan oleh Suzuki Malaysia ini telah menerima sambutan yang cukup positif di kalangan peserta-peserta konvoi. Pihak Suzuki Malaysia juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta dan para media yang menjayakan konvoi Merdeka Ride kali ini. RR

Isu Pada

Oktober 2024

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.