☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 November 2024

Kemeriahan Konvoi PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024

Bersempena dengan pesta MotoGP Malaysia 2024, PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM) telah mengadakan konvoi 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'. Sehingga jam 8.00 pagi seramai 250 orang peserta termasuk para media sudah mula berkumpul di stesen minyak PETRONAS Cyberjaya, Selangor. PLMM turut bekerjasama dengan Dania Garage yang merupakan bengkel rasmi PETRONAS Sprinta pada acara MotoGP Sepang kali ini.

Tujuan konvoi ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan PLMM dengan para komuniti motosikal dan media tetapi untuk promosikan minyak pelincir PETRONAS Sprinta.

Menurut pihak Dania Garage, "Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan PLMM untuk menjayakan 'PETRONAS Sprinta ke MotoGP Sepang 2024'. Selain itu, kami juga merupakan wakil jualan bagi minyak pelincir PETRONAS Sprinta di Pavilion Petronas yang terletak di Mall Area Litar Sepang sepanjang acara. Dengan kerjasama ini dapat meperkukuhkan lagi nama Dania Garage di dalam industri automotif terutama dua roda. Ini merupakan permulaan dan akan ada lebih banyak lagi peluang perniagaan yang dapat mengukuhkan jenama Dania Garage yang bakal tambil sebagai bengkel PETRONAS MotoExpert di Malaysia."

Lebih menarik lagi, majlis pelepasan konvoi ini turut dihadiri CEO PETRONAS Lubricant Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), En. Zameer Zahur Hussain bagi memeriahkan lagi suasana acara permotoran terbesar di Malaysia. Perjalanan konvoi ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang cukup teratur dengan bantuan para pengiring berpengalaman. Konvoi tiba di litar Sepang pada jam 9.30 pagi dan membuat lawatan ke ruang promosi PETRONAS selepas itu menghala ke Main Grandstand untuk menyaksikan perlumbaan Moto3, Moto2 dan MotoGP.

Acara PETRONAS Sprinta sentiasa bertukar konsep setiap tahun tetapi mengekalkan tujuan yang sama iaitu ukhwah sesama penunggang motosikal ataupun 'Bikers Brotherhood'. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.