☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 5 November 2024

GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024

GIVI Asia Sdn Bhd telah menganjurkan GIVI Convoy MotoGP Ride & Camp 2024 pada 2 & 3 November yang disertai sekitar 100 orang peserta hampir dari seluruh semenanjung Malaysia. Hadir dengan pelbagai model motosikal dan jenama dari bersesaran kecil hingga yang berkuasa tinggi.

Acara bermula di Kev Advenduro Park, Gamuda Gardens, Rawang yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan GIVI Asia, En. On Hai Swee dan Pengarah Operasi Luar Negara, En. Joseph Perucca yang kemudiannya memimpin konvoi terus ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang turut dimeriahkan dengan penampilan pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar.

Walaupun diuji dengan cuaca yang tidak menentu, konvoi selamat tiba di SIC sekitar jam 2.30 petang. Ruang pameran GIVI/HEVIK di Mall Area menjadi tumpuan utama. Terdapat pelbagai aksesori yang semuanya ditawarkan pada harga yang cukup menarik.

Selain topi keledar dan kotak barang GIVI, antara produk cukup popular ialah sarung tangan, jaket, seluar menunggang keluaran HEVIK sememangnya sesuai dengan cuaca di Malaysia. Ia berkualiti tinggi dan tidak panas...memang selesa.Para peserta kemudiannya berpeluang melihat dengan lebih dekat para pelumba LCR Team yang bersaing di GP Malaysia tahun ini.

Kredit Foto: GIVI Asia.
Kredit Foto: GIVI Asia.

Ketibaan pelumba MotoGP, Francesco Bagnaia, Enea Bastianini, Johann Zarco dan Takaaki Nakagami sememangnya ditunggu-tunggu. Ruang pameran GIVI meriah dengan sorakan gemuruh para pengunjung serta peminat sebaik sahaja pelumba-pelumba kegemaran masing-masing tiba di lokasi.

Dari kiri: En. Joseph Perucca, Enea Bastianini, Francesco Bagnaia dan En. On Hai Swee. Kredit foto: GIVI Asia.
Dari kiri: En. Joseph Perucca, Enea Bastianini, Francesco Bagnaia dan En. On Hai Swee. Kredit foto: GIVI Asia.
Johann Zarco 'kiri' & Takaaki Nakagami. Kredit Foto: GIVI Asia.
Johann Zarco 'kiri' & Takaaki Nakagami. Kredit Foto: GIVI Asia.

Dari SIC, konvoi meneruskan perjalanan ke Gamuda Cove, Dengkil untuk mendirikan khemah masing-masing. Mujurlah tidak hujan, keadaan tapak perkhemahan cukup baik.

Selepas makan malam, para peserta memilih untuk berehat, berkongsi pengalaman bersama kenalan. Ada juga peserta (yang tinggal berdekatan) memilih untuk pulang bermalam di rumah dan kembali ke Gamuda Cove keesokan harinya.

Para peserta kembali ke SIC untuk menikmati kemeriahan hari perlumbaan sebenar dan pada masa yang sama, menunggu sesi Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah boks MAXIA 5.

Tahniah dan terima kasih buat GIVI yang sentiasa menganjurkan pelbagai aktiviti menarik setiap kali tibanya minggu MotoGP di negara kita. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.