☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Disember 2024

Aprilia Malaysia Lancarkan Kempen Jualan Eksklusif Untuk Siri SR GT 200

Petaling Jaya, 12 Disember. Didi Group, pengedar tunggal dan pengimport Aprilia di Malaysia teruja untuk melancarkan kempen jualan eksklusif untuk siri SR GT 200 (SR GT 200, SR GT 200 SPORT dan SR GT 200 REPLICA). Kempen ini bermula pada Disember 2024 sementara stok masih ada dengan menawarkan rebat tunai menarik, nilai luar biasa dan pada masa yang sama, berpeluang untuk mengalami kelebihan inovatif Aprilia.

'Highlight' Kempen:

  • Aprilia SR GT 200 - Nilai Jualan: RM19,900 (Nilai Rebat Tunai: RM6,000)
  • Aprilia SR GT 200 SPORT - Nilai Jualan: RM20,900 (Nilai Rebat Tunai: RM 5,000)
  • Aprilia SR GT 200 REPLICA - Nilai Jualan: RM20,900 (Nilai Rebat Tunai: RM 2,000)

Seperti yang kita semua tahu. Aprilia SR GT 200 memiliki keupayaan lebih daripada hanya sebuah skuter. Ia adalah komuter kawasan urban dinamik yang direka untuk memberikan prestasi, keselesaan dan serba boleh.

Ciri-ciri menarik:

Keupayaan Untuk Segala Jenis Rupabumi: Rekabentuk luarannya hadir dengan gaya separa luar jalan yang menampilkan tayar lebar semua rupa bumi memastikan pengendalian yang yakin pada pelbagai permukaan, dari jalan bandar hingga laluan kasar.

Enjin Berprestasi Tinggi: Dikuasakan oleh enjin i-get 174cc, memberikan pecutan responsif dan kecekapan bahan api, SR GT sesuai untuk perjalanan harian atau pengembaraan hujung minggu.

Rekaan Sporty dan Ergonomik: Diinspirasikan oleh DNA perlumbaan Aprilia, SR GT menggabungkan estetika gaya sporty dengan susun atur ergonomik untuk keselesaan berpanjangan.

Teknologi Moden: Termasuk pencahayaan LED penuh,panel meter digital dan sistem sambungan dengan telefon pintar (pilihan).

Keselamatan Unggul: Dilengkapi dengan brek cakera-gelombang hadapan dan sistem ABS yang mantap. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.