☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Disember 2024

Kawasaki Green Mania 2024 Cukup Meriah

Acara Green Mania 2024 kembali menemui para pencinta dua roda pada 14 dan 15 Disember 2024 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dengan kehadiran lebih daripada 15,000 orang pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.

Hadir merasmikan dan memeriahkan acara yang berlangsung ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, En. Roslan Roskan dan tetamu VVIP yang lain.

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) selaku pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik khusus untuk mereka yang hadir di acara tersebut. Sudah pasti tujuan utama penganjuran karnival ini adalah untuk memberi peluang kepada para peminat motosikal menunggang uji serta merasai sendiri kuasa jentera Kawasaki khususnya barisan model terkini – Z900, Z900SE, Z650, Ninja 650, Versys 650, Versys 1000 dan termasuklah Vulcan S ABS.

Selain itu, ruang pameran utama menampilkan secara eksklusif pelbagai jentera keluaran Kawasaki dari model lama hingga yang terkini. Memang banyak model-model retro yang dipamerkan dan antara yang paling popular ialah Kawasaki GTO, AR125, KIPS, KRZ, ZZR250, Victor, Honey dan model moped, K-1.

Pengunjung juga berpeluang untuk menyaksikan Pertunjukkan Aksi Stunt, melawat Mini Zoo, Permainan Video PS5, Fussball, Pemeriksaan Kesihatan (Percuma untuk 300 pengujung terawal), Urutan Badan dan menikmati alunan muzik menarik daripada band-band terkenal seperti XPDC, Jinbara, Sil Khannaz. No Good dan Dish.

Sesi 'Sharing' tentang cara-cara menunggang dengan selamat telah disampaikan oleh Coach Kev Lee dan Coach Haizal yang sangat bermanfaat untuk para rider yang hadir. Antara perkongsian yang disampaikan menyentuh kepada cara pemerhatian, sudut pandangan, tahap penguasaan sesebuah motosikal dan posisi menunggang yang betul.

Memang best... Agak-agaknya, Green Mania 2025 di mana pula ye? RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.