☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Disember 2024

SKIM Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) Bakal Diteruskan

Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) bakal diteruskan bagi tahun kedua dengan nilai peruntukan RM10 juta menerusi pembentangan Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menyatakan skim yang diperkenalkan pada Belanjawan 2024 akan diteruskan untuk menarik lebih ramai pengguna motosikal di Malaysia untuk menggunakan motosikal elektrik (EV).

Skim MARiiCas merupakan satu usaha melestarikan kehidupan harian yang lebih sihat. Untuk itu, pihak kerajaan telah menawarkan insentif khas untuk pembelian atau langganan motosikal EV ini dengan pemberian rebat sehingga RM2,400 untuk warga Malaysia yang berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah.

Kami sempat menebual Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad yang turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai skim yang cukup baik ini. Menurut beliau, pihaknya selaku pengedar jenama YADEA dan ZEEHO di Malaysia akan memperkenalkan pelbagai lagi jenama EVbaru pada tahun 2025 nanti.

Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad.
Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings, En. Asri Ahmad.

Cara memohonnya cukup mudah! Anda hanya perlu layari laman sesawang https://insentif.marii.my/mariicas dan klik 'Daftar Sekarang' , ikut arahan seterusnya.

Jika berjaya, anda akan menerima kod QR yang dihantar pada email yang didaftarkan. Bawa kod QR itu ke mana-mana kedai motosikal yang berdaftar di bawah MARiiCas untuk urusan selanjutnya.

YADEA E8S Pro.
YADEA E8S Pro.

Terdapat pelbagai jenama dan model menarik yang boleh dipilih, antaranya ialah YADEA E8S Pro yang dikeluarkan oleh Mforce BIke Holdings Sdn Bhd. Harga asas (sebelum rebat RM2,400) ialah RM5,999.

YADEA E8S Pro dengan enjin EV 3000W TTFAR yang cukup efisien dan jimat tenaga. Hadir dengan panel meter TFT, brek depan/belakang jenis cakera, rim aluminium, laju maksimum 60 km/j, penyerap hentak hidraulik dan lain-lain.

ZEEHO AE4 pula dilengkapi pek bateri jenis lithium berkapasiti 74V 27Ah untuk perjalanan sekitar 63 kilometer. Model ini juga memiliki ruang simpanan di bawah pelana 31 liter, brek-brek cakera tunggal, sistem ABS, Cruise Control, Over-The-Air (OTA),fork teleskopik, penyerap hentak berkembar dan seberat 96kg.

ZEEHO AE4.
ZEEHO AE4.

Jenama-jenama lain:

  • M ELECTRIC VEHICLE SDN BHD
  • Tree Movement Malaysia Sdn Bhd
  • OYIKA GREEN TECHNOLOGIES SDN. BHD.
  • ECLIMO SDN BHD
  • EP BLUESHARK SDN BHD
  • NI HSIN EV TECH SDN BHD
  • LEGATUS SDN BHD
  • Superlux Auto Sdn. Bhd.

Layari https://insentif.marii.my/mariicas untuk maklumat lebih lanjut. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.