☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Februari 2025

Remaja 17 tahun disyaki curi motosikal diberkas

KLUANG – Polis menahan dua remaja lelaki selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di sekitar Kluang.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di lokasi berasingan susulan laporan polis dibuat seorang lelaki warga tempatan yang memaklumkan mengenai kehilangan motosikalnya di Jalan Lambak.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menjalankan operasi mengesan suspek.

"Polis berjaya menahan dua suspek dalam serbuan di Jalan Mersing dan di Taman Kampung Majid antara jam 6.30 hingga 7.00 petang pada Isnin.

"Dalam serbuan ini, polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan anak kunci dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Saringan awal mendapati, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan keputusan ujian air kencing juga didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi polis di mana-mana balai berhampiran atau melalui IPD Kluang di talian 07-7784222. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).