Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Februari 2025

MV AGUSTA Superveloce 1000 SERIE ORO Menang Anugerah 'GOOD DESIGN® 2024'

MV Agusta dengan bangganya mengumumkan bahawa Superveloce 1000 Serie Oro telah dianugerahkan Anugerah GOOD DESIGN® 2024 yang berprestij oleh The Chicago Athenaeum: Museum of Architecture and Design and The European Centre for Architecture Art Design and Urban Studies.

Superveloce 1000 Serie Oro merangkumi visi MV Agusta, ia dicipta mewakili keinginan setiap penunggang. Model ini adalah keseimbangan sempurna penyelidikan gaya, keseronokan estetik, inovasi teknologi terkini dan prestasi cemerlang.

Dihasilkan dalam siri terhad, hanya 500 unit, Superveloce 1000 Serie Oro menggabungkan warisan perlumbaan bersejarah MV Agusta tetapi pada masa yang sama mengejar kecemerlangan teknologi terkini tanpa batas. Hasilnya, ia bagaikan sebuah arca sebenar dunia dua roda.

Ditubuhkan pada tahun 1950 di Chicago oleh Edgar Kaufmann Jr., Charles dan Ray Eames, Russel Wright, George Nelson, dan Eero Saarinen, Anugerah GOOD DESIGN® ialah anugerah reka bentuk antarabangsa tertua dan paling berprestij di dunia. Setiap tahun, ia meraikan pencapaian terbaik dalam rekabentuk perindustrian dan grafik, mengiktiraf kecemerlangan dan inovasi merentas pelbagai disiplin.

Edisi 2024 telah menerima beribu-ribu penyertaan dari lebih 56 buah negara. Para juri antarabangsa memilih pemenang berdasarkan kriteria seperti inovasi, tahap praktikaliti, kualiti formal, ergonomik, kemampanan dan kesan 'emosi' sesebuah rekaan itu.

Antara syarikat terkenal yang diberi penghormatan dalam sektor pengangkutan dan automotif ialah nama-nama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini, dan Pininfarina.

Luca Martin, Ahli Lembaga MV Agusta Motor S.p.A., mengulas, “Sejak penubuhannya, Anugerah GOOD DESIGN® bertujuan untuk mengiktiraf kecemerlangan mutlak dalam dunia rekabentuk. Kami berbangga dengan pencapaian ini, kerana ia adalah salah satu anugerah berprestij yang paling diimpikan."

"Memenangi Anugerah GOOD DESIGN® mengembalikan kecemerlangan MV Agusta khususnya sebagai penanda aras dunia rekaan dan ciptaan dalam industri motosikal. MV Agusta sentiasa menggabungkan tradisi dan inovasi untuk menghidupkan Senibina Motosikal.” RR

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Warta Roda

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Royal Enfield meraikan ulang tahun ke-125 penubuhannya di peringkat global sambil memperkukuhkan lagi kedudukan dalam segmen motosikal kelas pertengahan.

Model Baru

Yamaha XMAX 300 Tech Max Dilancarkan

HLYM secara rasminya perkenalkan skuter baharu iaitu XMAX Tech MAX.