Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 29 Mei 2019

Meriah Suasana Di Perhimpunan Keempat Kawasaki ZX6R & ZX10R Malaysia - Singapura 2019

Sehingga hari ini, mereka telah berjaya mengumpulkan hampir 500 buah pemilik jentera Kawasaki Ninja ZX6R dan ZX10R di seluruh Malaysia sejak kelab ini ditubuhkan pada tahun 2011. Selain mengeratkan silaturrahim sesama ahli kelab baru dan lama, mereka juga dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti berkonvoi, melakukan aktiviti amal, berkongsi pendapat dan pengalaman.

Baru-baru ini bandaraya Kuala Lumpur telah digegarkan dengan deruman jentera-jentera Kawasaki. Kelab ZX6R & ZX10R Community telah mengadakan satu perjumpaan bersama para pemilik jentera Kawasaki di Hotel Royale Chulan pada awal April yang lalu. Perhimpunan yang diadakan buat kali keempat ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 peserta dari negeri-negeri utara, selatan, pantai timur, Kuala Lumpur dan juga negara jiran iaitu Singapura turut memberi sokongan dan kemeriahan pada acara tersebut.

“Hampir dua bulan diperlukan untuk menjayakan majlis pada kali ini. Respon yang diterima daripada ahli kelab sangat memberangsangkan.Ucapan terima kasih kepada semua penaja dan ahli jawatankuasa kelab yang turut memberikan komitmen tinggi. Tidak lupa juga kepada wakil dari Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) yang hadir memeriahkan gathering ZX6R dan ZX10R,” kata En. Khir Johari yang lebih dikenali sebagai Joe Ira, Presiden Kelab.

“Dengan tertubuhnya kelab ini, ahli-ahli kelab cukup berpuas hati dengan kemudahan dan bantuan sesama ahli jika berlaku sesuatu masalah seperti kerosakan atau kecemasan pada motosikal. Setiap ahli akan diberikan bantuan tidak kira di mana mereka berada dengan adanya kumpulan pemilik dari seluruh negara dan Singapura. Kami juga dapat berkongsikan ilmu dunia permotoran, aksesori, maklumat berkenaan motosikal, pakaian keselamatan, lokasi percutian dan tempat makanan yang sedap,” tambah En. Joe Ira.

Joe Ira (kanan) dan En. Ahmad Radzi (kiri) menyampaikan cabutan hadiah utama kepada pemenang.

Sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang lazat, acara pada hari tersebut turut dihangatkan dengan nyanyian dari kumpulan Bullet Buskers. Para peserta turut serta menyanyikan lagu bersama-sama meriuh-rendahkan lagi suasana pada hari tersebut. Disamping itu, terdapat juga pameran motosikal terbaru dari Kawasaki iaitu ZX6-R dan ZX10-RR.

Terdapat beberapa pengedar barangan motosikal dan penaja turut berada di Hotel Royale Chulan bagi mereka yang ingin membeli aksesori motosikal, bag, topi dan pakaian. Suasana yang cukup riuh rendah dan meriah apabila tibanya sesi cabutan bertuah. Kemesraan di antara para peserta memang cukup erat sekali.

Tahniah kepada para peserta yang berjaya membawa pulang hadiah-hadiah menarik seperti racing sut, tayar, jaket riding, topi keledar, jam Kawasaki, minyak pelincir, baucer, baju t dan banyak lagi.

“Saya sangat bersemangat dan teruja untuk hadir memeriahkan perjumpaan ini dengan menunggang ZX-10R. Setiap tahun saya tidak pernah terlepas menghadirinya. Selain mengeratkan silaturrahim, kita juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli kelab di Malaysia termasuk dengan Singapura. Saya sangat berpuas hati dengan acara yang diadakan pada hari ini. Saya harap ianya dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang,” kata En. Jamal yang datang dari Teluk Panglima Garang.

“Penganjuran ini sangat baik kerana kami semua dapat berjumpa bersama pemilik jentera Kawasaki yang mana tinggal berjauhan. Bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai seperti ini. Selain itu, kita juga dapat berkongsi pendapat berkenaan pengalaman konvoi dan kelebihan jentera masing-masing. Malah ramai di antara kami mendapat hadiah cabutan bertuah,” kata Saiful yang menunggang Kawasaki Ninja ZX10R. RR

Isu Pada

Mei 2019

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R2 Diperkenalkan Untuk Pasaran India

Yamaha Motor India secara rasmi melancarkan YZF-R2 sebagai model baharu dalam keluarga R-Series.

Model Baru

Cyclone RT2S Kini Rasmi Di Pasaran Malaysia - RM13,888

Selepas diperkenalkan di Malaysia Bike Show pada 29hb Mei yang lalu, Cyclone RT2S akhirnya rasmi di pusat pengedar Mfroce seluruh negara .

Model Baru

Lambretta Malaysia Pertonton Dua 'Wajah' Serba Baru

Lambretta Malaysia telah mempertontonkan dua model terbaru mereka di acara Kustom Kultur, Art of Speed 2026 baru-baru ini. Ucapkan 'Selamat Datan' buat J200 dan X50GP yang kedua-duanya mempunyai aura dan keistimewaan yang tersendiri.

Model Baru

Aveta Vanguard 250 Limited Edition Dilancarkan - RM17,188

Aveta Motor Malaysia memperkukuhkan lagi barisan skuter kembara mereka menerusi pelancaran Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad.