☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Jun 2025

Motosikal Berkuasa Tinggi Masuk Lorong Kereta Jambatan Pulau Pinang Kedua, Polis Mula Siasatan

Nibong Tebal: Polis sedang menyiasat kejadian sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menunggang di lorong dikhaskan untuk kereta dan lori di Kilometer 0.4 Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata berdasarkan siasatan mendapati insiden berlaku pada jam 4.35 petang, Jumaat lalu.

Menurutnya, sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi itu menunggang dari arah Batu Kawan menghala Batu Maung.

"Perbuatan mereka ini adalah sangat berbahaya, bukan sahaja kepada penunggang itu sendiri, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan keselamatan orang lain.

"Pihak polis ingin menegaskan keselamatan semua pengguna jalan raya adalah tanggungjawab bersama," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.

Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat lanjut berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian 04-5858222.

Terdahulu tular di media sosial Facebook (FB) video berdurasi 33 saat memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi dengan menunggang di lorong yang dikhaskan untuk kereta dan lori.

Perbuatan itu mendapat kecaman warganet yang menyifatkan mementingkan diri sendiri apabila tidak mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya. RR

sumber & kredit foto: http://www.hmetro.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.