Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Julai 2025

Remaja tunggang motosikal melawan arus telah menyerah diri

Alor Setar: Remaja perempuan menunggang motosikal melawan arus sambil menggunakan telefon bimbit di Kilometer 38 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Plaza Tol Hutan Kampung, yang ditular di media sosial 4 Julai lalu ditahan polis, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, remaja itu ditahan ketika menyerah diri di Balai Polis Trafik Daerah Kota Setar sekitar jam 9 malam.

"Remaja itu memberi alasan tersilap menggunakan laluan arah bertentangan dan merujuk kepada navigasi di telefon mudah alih miliknya untuk pulang ke Pendang.

"Berikutan itu remaja terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini bagi tujuan permohonan tahanan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Siti Nor Salawati berkata, terdahulu Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kota Setar telah membuka siasatan bersangkut kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, mengikut peruntukan undang undang di bawah akta itu, pesalah berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.

"Polis sekali lagi mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak memandang mudah aspek keselamatan semasa memandu.

"Tindakan memandu atau menunggang kenderaan sebagaimana video tular, bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain," katanya. RR

sumber: http://www.hmetro.com.my

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Yamaha YZF-R9 Bakal Masuk Pasaran Negara Tidak Lama lagi?

Royal Enfield Sambut Ulang Tahun ke-125

Keeway Recall 5,000 Unit XDV180 Evo

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

KARNIVAL GENBLU YAMAHA 2026

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Cyclone RT5 Tampil Dengan Ciri Premium - Bermula RM16,888

Cyclone RT5 kini rasmi masuk pasaran tempatan menerusi majlis perasmian Mforce Smartshop KW Keat Wei Motor Sdn. Bhd. di Alor Setar, Kedah.

Model Baru

KYMCO XCITING VS 400 Dilancarkan

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) selaku pengedar rasmi jenama KYMCO di Malaysia dengan bangganya melancarkan skuter maksi terbaru, Kymco Xciiting VS 400.

Warta Roda

Marshal Moto Bakal Masuk Pasaran Negara

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.