☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Julai 2025

Konvoi motosikal tiga sahabat bertukar tragedi, seorang maut

PORT DICKSON - Kegembiraan tiga sahabat berkonvoi dari Seremban ke Port Dickson bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kilometer 29, Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, kejadian berlaku jam 2.40 pagi apabila motosikal jenis Suzuki FU150 yang ditunggang mangsa berusia 22 tahun itu hilang kawalan selepas dilanggar rakan konvoi dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua motosikal terbabit terjatuh di atas jalan sebelum satu lagi motosikal ditunggang rakan berusia 24 tahun dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa yang berada di hadapan,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Katanya, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala sementara dua yang lain cedera ringan dan sedang menerima rawatan di Hospital Port Dickson.

"Mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Tambah Maslan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan setakat ini tiada tangkapan dibuat.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Zulhelmi Azman di talian 016-998 4806. RR

sumber: http://www.sinarharian.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.