Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 30 Mac 2018

CBR-RR Malaysia Mega Gathering 2018: Semakin Ramai... Semakin Gah

Tahniah buat CBR-RR Malaysia di atas penganjuran Mega Gathering yang masuk tahun kelima. Selepas Maeps, Restoran Al-Rawsha, Marina Putrajaya dan Saloma Bistro, tahun ini perjumpaan para pemilik jentera Honda CBR1000RR dan CBR600RR telah diadakan di Hotel Mudzaffar, MITC di negeri Melaka.

Menurut Sdr Hairullah atau Pok Lah, lokasi ini dipilih kerana ingin membuat satu kelainan kerana selama ini semuanya di Kuala Lumpur. “Melaka dirasakan lebih sesuai untuk para peserta dari semua arah. Dari Kuala Lumpur juga tidak jauh dan pastinya ia lebih dekat buat para peserta dari Johor dan Singapura. Sememangnya amat membanggakan apabila melihat 340 buah jentera CBR-RR 'membanjiri' perkarangan hotel ini dan ia membuktikan betapa popularnya jentera Honda ini,” kata Pok Lah, salah seorang Admin dalam perhimpunan ini.

Jika tahun 2017 mencatatkan jumlah kehadiran sebanyak 262 peserta, kali ini ianya meningkat dengan begitu ketara sekali terutama daripada ahli-ahli SG Jack Rabbit, Singapura yang seramai 114 orang peserta dan 226 peserta yang lain datang dari seluruh semenanjung Malaysia. Hadir bersama untuk memeriahkan majlis pada hari itu ialah jagoan pasukan Honda iaitu Md Zamri Baba yang kini telah bersara akibat kecederaan yang dialaminya ketika bersaing dalam perlumbaan ARRC kategori Supersport pada tahun 2015 lalu. Apa pun, kondisi fizikalnya sudah jauh lebih baik. Zamri kini sudah mampu berdiri seketika dan berbual. Didoakan agar beliau cepat sembuh.

“Kami bertolak dari Singapura lebih kurang pada jam 7.30 pagi. Sememangnya seronok bermotor ke sini kerana lebuhraya di Malaysia baik dan lancar. Kami menunggang pada kelajuan 160km/j dan mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk sampai ke sini. Memang mengujakan datang ke penganjuran ini kerana dapat berkonvoi dan bertemu dengan rakan-rakan dari pelbagai tempat,” komen Yuen dari Singapura.

Kehadiran bekas pelumba Honda negara, Zamri Baba (berbaju putih) menceriakan lagi suasana program pada hari itu.

Shafiee Othman (kiri) dari SG Jack Rabbit menyampaikan cenderahati kepada Admin CBR-RR Malaysia, Pok Lah dan Yusri.

Peningkatan kepada jumlah peserta program CBR-RR adalah kerana nilai persahabatan dan keakraban ahli-ahli kelab ini sendiri. Ahli-ahli kelab cukup senang dan berpuas hati dengan kemudahan dan bantuan yang cepat sesama ahli jika berlakunya masalah seperti kerosakan dan situasi cemas. Dengan adanya beberapa kumpulan pemilik dari seluruh negara dan Singapura, setiap ahli akan diberi bantuan dan sokongan tidak kira di mana dan pada waktu apa sekali pun.

Kami juga dapat berkongsikan tentang ilmu permotoran, bengkel motosikal terbaik, aksesori, pakaian keselamatan, maklumat perbankan dan lokasi makanan yang sedap. Oleh kerana ahli dan rakan-rakan CBR-RR Malaysia datangnya dari berbagai bidang kerjaya, segala pandangan, nasihat dan pendapat dikongsi bersama walaupun di luar dunia motosikal.

“Selain penganjuran Gathering ini, kami juga ada menganjurkan ride amal seperti melawat ke rumah-rumah kebajikan warga tua, konvoi sokongan Boon Siew Honda BigWing ke Sepang dan menghadiri penganjuran lain seperti pelancaran Wilayah International Bike Week dan banyak lagi. Kini, kami sedang merancang untuk menganjurkan konvoi amal menziarahi keluarga rakan-rakan CBR yang telah meninggal dunia,” kata Mohammad Yusri, Admin CBR-RR Malaysia.

Bagi para ahli yang sudah lama berpisah, ini juga masanya untuk bersua dan berjumpa semula. Ikatan persahabatan jelas kelihatan di antara mereka semua. Majlis pada hari itu dimeriahkan dengan pertandingan karaoke antara rakan-rakan CBR-RR yang dimenangi oleh Izir menerusi lagu 'Setahun Sudah Berlalu'.

“Ini kali pertama saya mengikuti penganjuran CBR-RR kelab dan memang cukup mengujakan. Konvoi teratur, lokasi menarik cuma aktiviti yang melibatkan para peserta kurang. Mungkin boleh dicadangkan agar pihak penganjur dapat mengadakan lebih banyak aktiviti bersama,” kata Teuku Irfan dari Klang yang hadir menunggang CBR1000RR bersama isterinya Ainul Farha. RR

Isu Pada

Mac 2018

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Dari Litar

Hakim Danish Terus Perkukuhkan Kedudukan di Moto3

Dengan kemenanhan di tempat ketujuh melonjakkan lagi kedudukan Hakim Danish di tangga keenam secara keseluruhan.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera!

Dari Litar

Yamaha Jadi Pembekal Tunggal Moto3 Bermula 2028

Yamaha Motor Co., Ltd. jadi pembekal tunggal motosikal bagi Kejuaraan Dunia FIM Moto3 bermula musim 2028 hingga 2033.