☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Ogos 2025

Motosikal 'Terbang' Atas Tembok

Macam Filem 'Seniman Bujang Lapor' arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Itulah yang terjadi di sebuah kampung di Lampung Timur, wilayah Lampung apabila penduduk kampung tersebut digemparkan dengan penemuan sebuah motosikal yang tersangkut di atas tembok sebuah rumah, lapor portal berita Liputan 6 semalam. 

Penemuan aneh itu berlaku di Kampung Gedung Wani, Jumaat lalu. 

Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @inilampungyay menunjukkan orang ramai berkumpul sambil memberikan pendapat tentang bagaimana motosikal itu tersangkut. 

Ketua Unit Penyelidikan Jenayah Lampung Timur, AKP Stefanus Reinaldo berkata, motosikal jenis Honda Beat itu dimiliki oleh seorang penduduk tempatan dikenali sebagai S. 

“Mangsa mendapati motosikal miliknya yang diletakkan di belakang dapur tiba-tiba hilang. Selepas pencarian, rupanya ia tersangkut di tembok rumah. 

“Motosikal itu berjaya diturunkan dengan selamat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pelaku yang meletakkan kenderaan tersebut di situ,” tambah Stefanus. RR

sumber: http://www.kosmo.com.my

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.