☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 September 2025

Pelajar sekolah maut, motosikal bertembung trak

GUA MUSANG – Seorang pelajar tingkatan tiga maut selepas motosikal yang dia tunggang bertembung dengan sebuah trak pikap di Jalan Kampung Hanir, Pos Tuel di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 pagi itu, mangsa, Mohamad Nazmin Nazri Yusof, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Pos Tuel menghala ke Pos Hendrop.

Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal jenis SM Sport 110E datang dari arah bertentangan dalam keadaan laju menghala ke arah trak pikap tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu kenderaan berkenaan memberhentikan trak pikap apabila tidak dapat mengelak ke sebelah kiri laluan kerana tiada bahu jalan.

"Motosikal tersebut kemudian terus merempuh bahagian depan trak pikap. Mangsa yang maut di lokasi kejadian dibawa ke Klinik Kesihatan Pos Brooke di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang di sini untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. RR

sumber: https://www.kosmo.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.