☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Oktober 2025

Honda Motorcycle Malaysia Anjur “Honda THANKS DAY” Pertama bagi Menghargai Peminat, Pelumba dan Rakan Niaga

Boon Siew Honda berjaya menganjurkan acara sulung “Honda THANKS DAY 2025” hari ini di LYL International Karting Circuit, bersempena dengan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 (MotoGP). Sejak tahun 2005, Honda Thanks Day telah diadakan setiap tahun di Jepun, manakala acara penghargaan pelanggan yang serupa telah dianjurkan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia. Acara ini meraikan semangat perlumbaan Honda yang berterusan, inovasi tanpa henti serta hubungan erat antara jenama tersebut dengan komuniti globalnya yang mencerminkan falsafah Honda “Power of Dreams” dan semangat terhadap mobiliti.

Menandakan edisi pertama Honda THANKS DAY yang dianjurkan secara tempatan di Malaysia, acara ini membawa tradisi global Honda lebih dekat kepada para peminat dan pelanggan tempatan. Ribuan pengunjung hadir termasuk rakan niaga, peminat motosikal Honda serta komuniti peminat permotoran tempatan bagi meraikan sokongan padu mereka terhadap jenama ini. Acara ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara Honda dan komuniti Malaysia melalui penganjuran acara menarik untuk 'satu hari' yang dipenuhi dengan keseronokan, penghargaan serta semangat DNA perlumbaan Honda.

Turut membuat penampilan eksklusif ialah barisan pelumba Honda MotoGP dan Asia seperti Joan Mir, Luca Marini, dan Somkiat Chantra, bersama pelumba Asia Road Racing Championship (ARRC); Muhammad Zaqhwan Zaidi, Azroy Hakeem Anuar, Khairul Idham Pawi, Muhammad Helmi Azman dan Muhammad Syarifuddin Azman dari pasukan Honda Racing Malaysia.

Kunitomo Asano, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Berkata, “Honda THANKS DAY merupakan satu tradisi yang telah lama wujud di Jepun, dan acara penghargaan pelanggan yang serupa dianjurkan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia.

"Di Malaysia, acara ini mencerminkan komitmen Honda untuk berkongsi kegembiraan dan keterujaan bersama pelanggan serta masyarakat, sambil terus berusaha menjadi sebuah syarikat yang dinantikan orang ramai. Ia juga merupakan cara kami menyampaikan penghargaan kepada peminat dan penunggang motosikal di Malaysia yang berkongsi minat dan semangat kami terhadap sukan permotoran,” tambah beliau.

Sorotan dan Aktiviti Acara

Penampilan eksklusif pelumba Honda MotoGP bukan sekadar sesi interaksi bersama peminat, tetapi turut diberi penghormatan untuk melancarkan model terbaru, Honda RS-X Winner Tricolor Edition, diinspirasikan oleh DNA perlumbaan Honda. Model ini dilengkapi komponen Racing Boy (RCB) yang menyerlahkan gaya dan prestasinya, menjadikannya simbol kelajuan dan semangat tersendiri. Lebih eksklusif, hanya 800 unit RS-X Winner Tricolor akan ditawarkan di pasaran Malaysia.

Para pelumba ARRC turut mempertontojkan aksi hebat mereka dengan menunggang jentera Honda CBR1000RR-R dan Honda CBR600RR di litar sekaligus menzahirkan komitmen berterusan Honda dalam membangunkan serta menyokong pelumba di pelbagai peringkat kejuaraan.

 Selain itu, Honda Motorcycle Malaysia turut mengumumkan kolaborasi gaya hidup bersama Pestle & Mortar Clothing, yang menampilkan koleksi jaket dan seluar perlumbaan, topi, t-shirt berwarna hitam dan putih serta beg utiliti. Koleksi ini diperkenalkan buat pertama kali semasa Honda THANKSDAY dan akan mula dijual semasa MotoGP. Setiap rekaan menampilkan lambang khas kolaborasi dengan mahkota, tiga jalur emas di kedua-dua sisi, corak garisan perlumbaan hitam-putih serta frasa “Semangat Impian” di bawah nama Pestle & Mortar.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan B-Heart, Black Hanifah serta persembahan bertenaga oleh DJ Fluffy, sebelum menutup malam dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik termasuk Pas Korporat Suite MotoGP, Honda ADV160 dan model baharu Honda RS-X Winner Tricolor Edition.

Selain itu, terdapat pelbagai pameran interaktif dengan kerjasama jenama seperti RCB, KYT, Proformance, MAXXIS, RKM, Ashuka, Yoshimura, ThreeBond, AEON Credit, JCL Credit, Berjaya Sompo, EMS dan PETRONAS. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.