☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Oktober 2025

Penunggang & Pembonceng Motosikal Maut Gagal Elak Van Terbalik

Sepasang suami isteri berusia 65 dan 67 tahun maut selepas motosikal yang mereka tunggang gagal mengelak sebuah van terbalik di Kilometer 11.5 Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) arah Seremban pada malam Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, kemalangan berlaku sekitar jam 8.30 malam dan melibatkan empat kenderaan — sebuah van Nissan Vanette, dua kereta, dan motosikal Honda ADV 350 yang dinaiki mangsa.

Siasatan awal mendapati tayar hadapan van tersebut pecah menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum terbalik dan melintang di antara lorong kiri serta lorong kecemasan. Motosikal mangsa yang datang dari arah sama cuba mengelak secara mengejut ke lorong kanan, namun dilanggar sebuah Toyota Wish dari belakang.

Akibat hentaman itu, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dalam masa sama, sebuah Proton Perdana yang mengekori turut gagal mengelak lalu merempuh belakang Toyota Wish berkenaan.

Pemandu Toyota Wish cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, manakala mayat pasangan terbabit dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Mohd Shahrizan Khairi di talian 019-8461792 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber berita: https://www.sinarharian.com.my/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.