☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Disember 2025

KYMCO AK550 Premium CKD - Harga Lebih Rendah

MODENAS secara rasminya mengumumkan harga baru untuk KYMCO AK550 PREMIUM selepas model tersebut beralih kepada pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran negara. 

Peralihan kepada CKD di kilang Gurun menandakan komitmen berterusan MODENAS dalam memperkukuh keupayaan pemasangan tempatan, sekali gus menawarkan nilai lebih baik kepada pengguna. Dengan struktur harga baharu ini, maxi-scooter 550cc itu kini lebih mudah diakses oleh penunggang yang mahukan gabungan prestasi premium, keselesaan dan teknologi dalam segmen super-scooter.

KYMCO AK550 PREMIUM unit CKD ditawarkan pada harga runcit cadangan (RRP) RM55,888 (tanpa insurans & pendaftaran). Walaupun hampir RM10K (CBU: RM65,600)  pengurangan, skuter ini kekal dengan ciri-ciri premium seperti dua power mode, sistem brek Brembo dan tahap keselesaan tunggangan yang tinggi.

AK550 PREMIUM dijana dengan enjin 550cc dua silinder selari, DOHC 8 injap dengan penyejukan cecair yang menghasilkan menghasilkan kuasa 50.9hp pada 7,500rpm dan tork 52Nm pada 6,000rpm. Kelengkapan lain seperti Cruise Control,  Cornering ABS, Traction Control, lampu LED penuh, meter TFT, sistem kunci pintar, berat 283kg, tinggi pelana 785mm dan tangki bahan api 14.5 liter.

KYMCO AK550 PREMIUM (CKD) boleh didapati di semua pengedar sah MODENAS dan KYMCO di seluruh negara. Model ni didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Flat Brown dan Black. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.