☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Januari 2026

AFAZ Dedah Prototaip Supermoped 150cc

Kemunculan motosikal AFAZ yang merupakan jenama motosikal tempatan kedua di Malaysia telah menarik perhatian peminat dua roda terutamanya selepas pelancaran model sulung mereka iaitu AFAZ Kencana Sport 115. Walaubagaimanapun tumpuan kini terarah kepada satu persoalan besar apa perkembangan terkini tentang projek model supermoped mereka?

Perkembangan tersebut akhirnya terjawap apabila AFAZ telah menjemput para media tempatan untuk majlis pengenalan jenama AFAZ serta perkongsian mengenai model sulung syarikat tersebut iaitu Kencana Sport 115. Dalam acara yang sama kami turut diberikan peluang eksklusif untuk melihat secara dekat kemajuan pembangunan supermoped AFAZ yang menggunakan kod A03.

Walaubagaimanapun pihak media tidak dibenarkan mengambil sebarang rakaman video atau gambar kerana projek tersebut masih dalam fasa pembangunan. Apa yeng boleh kami kongsikan bahawa unit prototaip yang dipamerkan tanpa cover badan, sekaligus memberikan gambaran awal tentang struktur asas serta komponen mekanikal motosikal berkenaan.

Supermoped AFAZ yang bakal dilancarkan pada tahun ini menggunakan enjin yang sama seperti Suzuki GSX-R150 iaitu satu silinder 147cc, DOHC dengan sistem penyejuk minyak. Namun begitu, enjin tersebut akan menerima talaan semula supaya karakter prestasi yang lebih sesuai dengan segmen supermoped.

Menariknya bahagian casis yang dibangunjkan  adalah serba baharu yang menggunakan kerangka jenis trellis yang menampilkan rekabentuk lebih tebal dan tegap. Terdapat juga bahagian subframe yang terdedah dan kerangka pada model ini didatangkan dengan warna tersendiri.

Untuk makluman, supermoped AFAZ dibangunkan sepenuhnya oleh tenaga kerja tempatan menerusi kerjasama strategik bersama AMITEC, sebuah syarikat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang juga merupakan anak syarikat kepada AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI). Sejak penubuhannya pada tahun 2022, AMITEC bertanggungjawab dalam pembangunan motosikal bagi jenama AFAZ, MODA dan Suzuki di negara ini.

Antara ciri asas lain yang dapat kami kongsikan setakat ini adalah supermoped AFAZ menggunakan rim jenis sport lima batang, sistem brek cakera depan & belakang, ABS dua saluran, penyerap hentak tunggal di belakang dan tangki bahan api 5.8 liter.

Namun begitu, pihak AFAZ masih belum mendedahkan secara terperinci berkaitan kelengkapan lain termasuklah rekaan akhir, kuasa, tork, sistem elektronik dan spesifikasi penuh. Dari segi harga juga tidak diumunkan, namun pihak AFAZ memaklumkan yang jentera ini diketogerikan sebagai "Supermoped Premium". RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.