☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Januari 2026

HLYM Perkenalkan Dua Warna Baharu NMAX ABS 2026

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baharu untuk model skuter mereka iaitu Yamaha NMAX ABS 2026.

Dengan kehadiran dua warna baharu iaitu Icon Blue dan Crystal Graphite sekaligus memberikan penampilan lebih segar dan moden pada skuter NMAX ABS.

Sebagai model untuk tahun 2026, NMAX menampilkan rekabentuk yang sama seperti tahun lepas. Dari segi posisi tungganganya yang santai dan selesai menjadikan skuter ini antara pilihan yang ideal untuk kegunaan harian.

Dari segi enjin masih kekal sama iaitu satu silinder 155cc VVA, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjinnya boleh menghasilkan kuasa 15.2hp pada 8,000rpm dan tork 14.2Nm pada 6,500 rpm.

Ciri-ciri lain seperti lampu-lampu LED, paparan meter digital, berat 131kg, tinggi pelana 775mm, ABS dua saluran, brek-brek cakera, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar, ruang simpanan bawah pelana dan tangki bahan api 7.1 liter.

Yamaha NMAX ABS 2026 sudah boleh didapati di semua kedai pengedar sah Yamaha di seluruh negara dengan harga yang disyorkan RM11,498 (tanpa pendaftaran & insurans). RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).