☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 14 Februari 2026

Nostalgia: Suzuki RG200R (1992-1993)

Pada tahun 1992, Suzuki melancarkan Suzuki RG200R Gamma, sebuah jentera sport yang memiliki rekabentuk yang cukup mantap. Model ini hanya ditawarkan untuk pasaran domestik sahaja dan harganya ketika itu ialah sekitar 285,000 yen atau RM7,158. 

Suzuki RG200R ini menawarkan rekabentuk gaya jentera perlumbaan, enjin silinder tunggal dan penghidup jenis elektrik. Berbanding model RG125 (rekabentuk sama), model ini dikatakan lebih sesuai untuk tunggangan di lebuhraya kerana enjin yang lebih besar.

Hanya ada satu warna sahaja dan model ini disempurnakan dengan enjin 195cc, 2 lejang, sistem penyejuk cecair yang berkuasa 35hp pada 9,000rpm dan tork 30Nm pada 8,000rpm. Antara ciri-ciri menarik ialah rim aluminium tiga-bilah, lampu utama segi empat, ekzos sebelah kanan dan posisi menunggang yang sporty.

RS200R ini juga didatangkan dengan fork hadapan jenis terbalik, penyerap hentak tunggal (belakang) yang dikatakan cukup mantap untuk tunggangan litar dan di laluan berselekoh.  Tayar hadapan dan belakang bersaiz 100/80R17 manakala tayar belakang 130/70R17 yang dipadankan dengan brek-brek jenis cakera. RR

Spesifikasi ringkas:

  • Tinggi pelana: 760mm
  • Berat kering: 125kg
  • Isi tangki: 14 liter
  • Kelegaan tanah: 140mm
  • P x L x T: 2,000 x 720 x 1,080mm
  • Model karburetor: TM30SS

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.